Bersempena dengan bulan kemerdekaan ini HP menjalankan kempen Sayangi Malaysiaku bermula 17 Ogos hingga 30 September 2019.

Istimewanya sepanjang kempen dijalankan, pembeli akan berpeluang menerima hadiah istimewa jika membeli komputer riba HP terpilih.

Seronoknya!

Macam mana caranya? Mudah sahaja, hanya perlu beli;

#1 HP Omen/Pavilion Gaming Laptop dan anda akan menerima Steam Wallet bernilai RM50.
Tambahan, untuk pembelian HP Omen (online eksklusif), anda juga akan diberikan HP Omen 600 Mouse dan HP Omen 800 Headset percuma (bernilai RM618)!

Tunggu! belum habis… HP juga menyediakan tiga pasang tiket untuk terbang ke Jakarta secara percuma untuk menyaksikan OMEN Challenger Series 2019. Anda mungkin akan menjadi salah satu pemenang untuk trip ini?

Oh, bukan kaki ‘game’? Tak mengapa, sebab anda pun boleh dapat hadiah istimewa. Ya…tak percaya? Belilah

#2 HP 14 Notebook (Core i3) series dan HP akan beri anda Touch ‘n Go Wallet bernilai RM50.

Oopsss…Ada lagi! Jika anda beli;

#3 HP Pavilion series, Microsoft Office 365 Personal berharga RM269 akan menjadi milik anda.

Wow! Menarik bukan? Bagaimana nak dapatkan tawaran istimewa ini?
  1. Beli produk di atas dengan pengedar sah HP
  2. Klik butang tebus di laman sesawang hpmalaysia.com Kemudian, isikan slogan paling kreatif jika anda telah membuat pembelian HP Omen atau HP Pavilion Gaming series.
  3. Isikan data peribadi dan sertakan bukti pembelian
Tarikh penyertaan akan ditutup pada 7 Oktober 2019, jam 5 petang waktu Malaysia…Jadi, kenalah cepat-cepat ambil peluang ya!

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang HP ‘Sayangi Malaysiaku’ hari ini juga!