Aktor Keith Foo akui hubungannya dengan bekas isteri Kim Raymond lebih baik selepas berpisah dua tahun lalu.
Malah Keith berkata mereka lebih serasi bersahabat dan bekerjasama menjaga satu-satunya anak mereka, Skylar Raymond Foo yang berusia 5 tahun.
“Lebih baik hubungan kami begini. Kami lebih serasi sebagai sahabat. Kami pernah cuba bercinta ketika menjadi suami isteri, tetapi hubungan itu tidak bertahan lama.
“Kami menjadi sahabat baik demi anak. Saya sendiri tak mahu anak membesar dan melihat kami sering bergaduh dan mahu bersama-sama menjaganya.
"Kalau dia sibuk, saya yang jaga anak. Kalau saya tiada penggambaran, saya luangkan masa di rumah Kim dan jaga anak. Rumah kami jaraknya 10 minit saja,” katanya kepada Astro Gempak.
Keith ditemui selepas majlis pra-tonton filem Autumn In Wales di TGV Cinemas, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur, KLCC baru-baru ini.
Minggu lalu, Keith memuat naik Reels video yang menunjukkan dia dan bekas isteri bersama anak pergi bercuti bersama.
Bagi mengekalkan hubungan baik dan enggan merosakkan jalinan sedia ada, Keith menetapkan agar lebih baik mereka berkawan sahaja.
"Lebih baik anak tengok kami bercerai tetapi gembira. Itu yang penting sebenarnya. Daripada kita memaksa sesuatu yang tidak boleh dan kemudian jadi lebih teruk, saya fikir lebih baik kami berkawan sahaja," katanya.
Keith mendirikan rumah tangga dengan Kim pada November 2015 dan bercerai pada Disember 2019.
Bertanya sama ada dia akan mencari pengganti, Keith berkata, buat masa sekarang, dia tidak terlalu terdesak dan mahu fokus membesarkan Skylar.
"Saya tidak mahu apabila saya ada teman, ia mengganggu hubungan saya dan anak. Jadi, lebih baik saya fokus kepada anak dulu.
"Tetapi saya tidaklah serik. Kalau ada seseorang yang baik untuk saya dan boleh terima, jaga anak termasuk selesa dengan bekas isteri, mengapa tidak?" katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai filem Autumn In Wales, salah satu sebab dia menerima tawaran berlakon dalam filem romantik komedi itu adalah keserasian bersama pengarah Rahila Ali.
“Saya dan Kak Rahila sudah lama kenal dan biasa bekerjasama dan saya senang bekerja dengannya jadi meskipun watak komedi ini agak asing bagi saya tetapi ia jadi mudah.
“Selain itu, pertama kali berlakon dengan Eyka Farhana, Jaa Suzuran dan Wanna Ali juga tidak begitu sukar kerana kami cepat serasi dan semuanya seronok," kongsinya.
"Saya sudah beberapa kali bekerja dengan Rahila dan keselesaan itu ada. Walaupun kali pertama bekerja dengan Eyka Farhana, Jaa Suzuran dan Wanna Ali, kami cepat serasi dan semuanya seronok," katanya.
Filem yang menjalani penggambaran di Wales, United Kingdom itu bakal menemui penonton di Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 24 Mac 2022.
Autumn In Wales mengisahkan tentang Aira seorang gadis manja yang menanti detik bahagia bersama tunangnya, Darwish. Menjelang hari perkahwinan mereka, Aira telah pergi ke Wales untuk membuat kejutan buat Darwish. Ketika di Wales, satu insiden berlaku pada Aira dan Jaka a.k.a Jejaka Kacak berasal daripada pantai timur ingin memulakan hidup baru di Wales selepas berpisah dengan kekasihyang rupanya dua alam.
Langgan dan saksikan Autumn In Wales Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 24 Mac 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip- klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Syafiqah Jalal
Tue Mar 22 2022


“Saya & Kawan-Kawan Ada Perancangan Nak…” - Anuar Zain Kongsi ‘Plan’ Aktiviti Di Bulan Ramadan
Seronok dapat tarawih dengan kawan-kawan.

Pelakon Siri Ultraman, Jiro Dan Meninggal Dunia Akibat Kanser
Takziah buat keluarga...
![[VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Konten Masak Izara Aishah - “Aku Tetap Tengok Walau Macam Tengah Berendam Dalam…” [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Konten Masak Izara Aishah - “Aku Tetap Tengok Walau Macam Tengah Berendam Dalam…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-188.png?ext=.png)
[VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Konten Masak Izara Aishah - “Aku Tetap Tengok Walau Macam Tengah Berendam Dalam…”
Izara tengah masak pun cantik kan.

“Kalau Kata Saya Curang, Lepaskan” - Puteri Sarah Tidak Goyah Dengan Dakwaan Syamsul
Puteri Sarah mahu bukti

Gabungan Padu! ZAWFAN Tampil Lagu Bismillahir Rahmanir Rahim Bersama Nazrey Johani
Wah menarik!

Bella Hadid Mahu Ramadan Disambut Dalam Suasana Aman
Insyallah

“Dulu Kami Selalu Dating Dekat Sebuah Kedai…” – Comel Sangat! Rupanya Kopi Satukan Cinta Awal Ashaari Dan Scha
Wah siap ada kedai dah.

Karok Kaw | Memang hancur sesi karok dengan Ubai, Zizan Razak, Meerqeen & ramai lagi!
Kita cabar selebriti malaysia Sambung Lirik yang Ubai nyanyi. Boleh sambung ke idok? Yang penting confident je nyanyi…layannn!!! Tapi Ubai nyanyi ke berpiadato ni? Kalau korang nak tengok selebriti tempatan KAROK dengan penuh emosi kena layan KAROK KAW lah!!! #GMWA2022 #GempakMostWantedAwards #KarokKaw

Ayda Jebat Cemas Anak Demam Panas, Bergegas Bawa Ke Unit Kecemasan - “Suhu Badan Dah Cecah 40…”
Semoga Nayla cepat sembuh.

“Saya Masih Suami Dia, End Of The Day Saya Akan Tidur Dengannya Di Atas Katil” - Syamsul Yusof
Syamsul masih suami Sarah