Laman Utama

“Hukum Pengunaan Vaksin COVID-19 Adalah Harus & ...” - PM

gempak
Hanafis Haris
18/01/2021
16:41 MYT
Sponsor Banner
“Hukum Pengunaan Vaksin COVID-19 Adalah Harus & ...” - PM

Hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus. Demikian kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengambil ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam.

Perdana Menteri berkata, menentukan kemaslahatan komuniti bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak.

"Saya juga ingin berkongsi bahawa Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam telah memutuskan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan," katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, garis panduan dan kaedah penentuan bagi individu yang perlu mengambil vaksin ini akan dihebahkan dalam masa terdekat.

Katanya, secara realistiknya, program vaksinasi ini dijangka berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan.

"Ini bermakna, kumpulan pertama yang dijangka menerima vaksin adalah pada awal Mac.

“Ia dapat meliputi lebih daripada 80 peratus atau hampir 27 juta penduduk Malaysia menjelang suku pertama tahun 2022," ujarnya.

Sumber : Astro Awani

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live