Berita

Hukum Termakan Babi Posting Terakhir PU Azman Di Instagram

gempak
Asyraf Roslan
28/09/2024
10:25 MYT
Sponsor Banner
Hukum Termakan Babi Posting Terakhir PU Azman Di Instagram
Penerangan ‘termakan babi’ menjadi hantaran terakhir yang dimuat naik oleh pendakwah selebriti, PU Azman di laman Instagramnya.
Hantaran pada 17 September itu merupakan penjelasan kepada pengikutnya mengenai hukum termakan babi sebelum dia berdepan dengan hukuman penjara selama 24 tahun yang telah diputuskan oleh mahkamah pada Jumaat.
Namun apa yang menarik perhatian dalam hantaran berkenaan adalah apabila pengikutnya tersalah menaip soalan.
“Assalamualaikum Cik Man, macam mana kalau kita macam babi (makan babi), tapi kita tak sedar yang kita makan tu babi. Apa yang kita kena buat?” soal pengikut berkenaan.
Menyedari kesalahan yang dibuat oleh pengikutnya PU Azman atau nama sebenarnya,Azman Syah Alias membalas kembali soalan tersebut dengan soalan.
“Kenapa kau macam babi?,” soal PU Azman sehingga mengundang tawa pengikut yang bertanyakan soalan berkenaan kepadanya.
Dalam hantaran sama, pendakwah itu meminta agar orang ramai mengelakkan kejadian ‘typo’ sebaik mungkin dan juga memberi penjelasan ringkas mengenai hukum termakan babi.
“Elakkan ‘typo’ sebaik mungkin. Periksa kembali tulisan anda sebelum tekan butang ‘send’. Kalau dah ‘send’ masih boleh edit.
“Jangan ‘babikan’ diri sendiri. Termakan babi tidak berdosa kerana tidak sengaja.
“Cuci sahaja mulut macam biasa dengan air bersih dan tidak perlu sertu. Sertu hanya untuk isu berkaitan anjing. Dalil isu babi cuci dengan air sahaja,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Azman Dipenjara 24 Tahun, Dua Sebatan

ARTIKEL BERKAITAN: “Pakcik Jangan Jerit..” - Pu Riz Terkejut, Sedih Di Marahi Jawatankuasa Masjid Ketika Berehat Tunggu Waktu Solat

ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman Akui Kesilapan Sendiri ‘Tayang Aurat’ - “Saya Ada Asas Dalam Bidang Agama, Tapi Tidak Gunakan Dengan Baik”

Bagaimanapun, PU Azman bertindak menutup ruangan komen setiap hantarannya di Instagram sejak berdepan kes di mahkamah.
Terdahulu PU Azman dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang, atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dua tahun lalu.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling selain pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai hukuman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun (ketika kejadian) di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari dan 29 Jun 2022.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024