Tiada yang lebih menggembirakan seorang ibu apabila melihat kejayaan anak-anaknya dan juga kelibat cucu-cucu yang ramai.

Begitu juga dengan bekas pelakon terkenal Fauziah khatijah Musa atau lebih mesra dikenali dengan nama Khaty Fauziah.

Pada satu entri di Instagram miliknya, Khaty Fauziah berkongsi beberapa keping gambar anak-anak bersama cucu-cucunya.

"Yeayyyy!!! Saya bangga, gembira, sihat dan kuat, dan saya juga seorang nenek yang jelita dan hebat kepada 13 orang cucu.

"You all tak percaya? Cuba tengok gambar yang last tu. Kena kutuk la lepas ni dengan mereka mereka yang tak bertanggung jawab, @jozieta @samzy_fuzette @zizieizette & @shaheizy_sam itu sudah pasti.

"Kalau ada yang nak tumpang mengutuk saya Redha," seloroh Khaty.

Yeayyyy!!! I am a proud, happy, healthy & strong ???? plus bonus, I am a gorgeous & fabulous grandmother ? of 13 grandchildren ??? you all tak percaya? Cuba tengok gambar yang last tu.. Kena kutuk la lepas ni dengan mereka mereka yang tak bertanggung jawab, @jozieta @samzy_fuzette @zizieizette & @shaheizy_sam itu sudah pasti. Kalau ada yang nak tumpang mengutuk saya Redha ??? #terperasan? #pensionersdiary?

A post shared by KhatyFauziah (@khatyfauziah) on


Sebagai seorang ibu, pastinya Khaty gembira menikmati zaman pencen dengan hashtag #pensionerdiary yang selalu digunakannya.

Khaty Fauziah mempunyai lima orang anak iaitu Shaheizy Sam, Zizie Ezette, Samzy Fuzette, Jozieta Ronalie dan Ahmad Shah Al-Jeffry.