Episod pengenalan siri drama premium terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 ini telah bersiaran pada Jumaat lalu.

Bagi yang belum menonton, Gempak akan kongsikan sedikit sedutan kisah yang terjadi kepada Aidi Zabran (Naim Daniel), Anggun Zahra (Amelia Henderson) dan Jazman Rahim (Aedy Ashraf).

Aidi Kena Buang Kerja


Berakhirnya pandemik membuatkan BEBAS app sudah tidak diperlukan lagi untuk kegunaan seharian pengguna. Dengan itu, Datuk Rahim membuat keputusan untuk memberhentikan pekerjanya serta-merta termasuk Aidi Zabran.

Terkesan dengan keputusan boss nya itu, membuatkan Aidi bertindak untuk mencuri data pengguna di aplikasi BEBAS tersebut bagi tujuan peribadinya.

Jazman Curang Ke?
Tidak terhenti disitu, setelah dicaci oleh anak boss, Jazman Rahim, Aidi juga membuat keputusan untuk menyelidik informasi di BEBAS App Jazman dan menemukan bukti Jazman curang dengan teman wanitanya, Anggun Zahra.

Demi menyelamatkan wanita idamannya, Aidi sempat menghantar email kepada Anggun demi membongkarkan aktiviti curang yang telah dilakukan oleh Jazman.


Sedih setelah mendapat berita itu, Anggun nekad meluahkan perasaanya kepada Jazman, namun setelah dimanipulasi oleh Jazman hubungan mereka masih kekal utuh.

Beli Followers dekat Paati Shanti

Demi memikat hati Anggun Zahra, Aidi dan rakan baiknya, Alia Mukhriz nekad membeli followers dengan Paati Shanti untuk akaun media sosial, Tengku Remy yang bakal digunakan untuk berkenalan dengan Anggun Zahra di alam maya.

Namun, tidak disangka suasana suram dan ngeri yang diberikan oleh pejabat perniagaan jual beli followers itu mengejutkan Aidi dan Alia. Apakah rahsia disebalik perniagaan jual beli followers itu?

Nak tahu apa lagi yang jadi? Jangan lupa tonton episode penuh siri drama premium i.D.

Untuk pengetahuan, siri drama premium 8 episod ini menampilkan barisan bakat pelakon terkenal tempatan termasuk Naim Daniel (Aidi Zabran), Amelia Henderson (Anggun Zahara), Aedy Ashraf (Jazman Rahim), Datuk Rosyam Nor (Rahim Abadi), Ellyza Azizi (Alia Mukhriz), Shantini Venugopal (Patti Shanti), Joyce Harn (Jo), Jo Kukathas (Dato Kumari Lakshmi) dan ramai lagi.

Saksikan i.D setiap Jumaat jam 9 malam.

Siri drama premium terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 ini, 9 malam, menerusi Astro Premier (Saluran 410) atau boleh menyaksikan episod awal di setiap minggu bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.

Sinopsis i.D

i.D, mengisahkan Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta BEBAS App, aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat-maklumat pengguna bagi tujuan pemakluman info semasa. Jazman, seorang pengurus syarikat di mana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman. Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta maklumat pengguna daripada BEBAS App dan mencipta watak baharu iaitu Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.

Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi.