Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim menjelaskan suami orang bukanlah lelaki yang menjadi idamannya.

Azrinaz berkongsi perkara tersebut menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @azrinazmazharhakim.

"Maka tidur lenalah sang isteri-isteri semua. Tak perlu risau lagi. I dah kata suami orang bukan taste I.

"Tapi depa tak nak percaya. #sukabuatfitnahtau #dontbringbackthepast.

"Dah moh tido awai esok nak mangkit pagi gi undi #tanggungjawabisteri #tanggungjawabrakyat
," tulis Azrinaz.

Maka tidur lenalah sang isteri-isteri semua. Tak perlu risau lagi. I dah kata suami orang bukan taste i. Tapi depa tak nak percaya. #sukabuatfitnahtau #dontbringbackthepast • Dah moh tido awai esok nak mangkit pagi gi undi #tanggungjawabisteri ?#tanggungjawabrakyat

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on


Azrinaz selamat bernikah pada 1 Mei yang lalu dengan sahabat lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid.

BACA: Kahwini Sahabat Lama, Azrinaz Mazhar Hakim Selamat Bernikah 1 Mei Lalu

Fairos merupakan rakan yang dikenali oleh Azrinaz semenjak 20 tahun lalu dan mereka mula menjalinkan hubungan rapat setahun lepas.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Azrinaz