Menerusi entri di Instagram (IG), Tomok berkongsi gambar perubahan dirinya sejak 20 tahun lalu sehingga kini.
"Seperti yang di request 1999-2009-2019. Salam Jumaat semua #20yearchallenge," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata kagum dengan perubahan berlaku pada Tomok dan ada juga mempertikaikan kenapa ramai yang begitu obses terhadap dirinya sejak kecil dulu.
"@aishahzain: Yeah. I dont understand why girls was so crazy bout you back then. Lagu cinta budak sekolah betol. But banggg, you in oiam, I voted you sampai line tergendala. Haha."
"@nusaibahka39ab:Hahahahaha. Brings back memories. I'm sorry for hating you back than. You are currently one of my favorite singer. Semoga sentiasa berjaya."
"@lily_julie: Teringat dulu2-dulu tahun 2001 masa dok asrama, petang-petang lepak kat padang, main kompang nyanyi lagu-lagi New Boyz time."
"@norikamohd: Gara-gara Tomok ni la beberapa edisi majalah mangga aku kena rampas dekat hostel. Semua gambar tomok & New Boyz."