BERITA
"I Don't Expect Anything Big" - Erra Fazira Bakal Kembali Dengan Single Terbaru
Penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira bakal muncul dengan single terbarunya yang dijangka menemui peminat tidak lama lagi.
Menurut Erra, dia berasa gembira kerana telah kembali menyanyi setelah sekian lama tidak menghasilkan lagu.
"I don't expect anything big, tapi saya rasa gembira kerana sudah lama tidak menyanyi dan melancarkan lagu.
"Lagu tersebut sedang dalam proses terakhir untuk disiapkan, Insya-Allah ia akan dilancarkan selepas musim perayaan (Aidilfitri) ini.
"Saya juga berhasrat untuk merakam muzik video sebelum lagu tersebut menemui peminat, semoga semuanya berjalan dengan lancar" katanya kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, selebriti jeita ini juga masih bergiat aktif di layar perak dan bakal menjalani penggambaran filem terbaru tidak lama lagi.
Sedikit info mengenai Erra, pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek ini mulai aktif di industri hiburan pada tahun 1992 dan berjaya mempertahankan popularitinya sehingga kini.
Must-Watch Video