Laman Utama
“I Will Get Anxiety Bila…”- Elfira Loy Kongsi Pengalaman & Tip Ambil Vaksin AstraZeneca
Pelakon Elfira Loy bersyukur kerana akhirnya dia sudah pun selamat menerima vaksin Covid-19 dos pertama jenis AstraZeneca beberapa hari lalu.
Menurut Elfira, selepas 24 jam pengambilan vaksin dan pemantauan terhadap diri, dia memberitahu mengalami sakit kepala, mengantuk serta lenguh pada tangan.
“VACCINATED! Alhamdulillah 24hrs observation done. So story time!
“El (Elfira) memang seorang yang sangatlah takut pada hospital, doktor atau ubat. I will get anxiety bila berhadapan dengan benda-benda macam ini. But I don't no how, I registered myself untuk ambik vaccine type Astrazeneca ni . Probably because I’m tired of Covid-19, and I just want to do my part.
“Kalau anda was-was dan ragu-ragu , don't worry di tempat vaksinasi tu sendiri ada doktor yang akan explain about it dan akan guide anda sehingga yakin. Tiada paksaan.
“My symptoms were just mild headache dan mengantuk sahaja. Doctor advised me to take panadol I8 hours after vaccination, that’s what I did & okay je. Sore sikit dekat tangan tapi tu normal mana mana jabs pun lenguh,” ceritanya.
Elfira berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik potongan video prosesnya dari mula ke tempat proses vaksin itu dilakukan sehingga tamat.
Dalam pada itu, Elfira turut berkongsi 7 proses pengambilan vaksin tersebut.
“The vaccination process sangatlah mudah.
1 : Anda akan diberi borang untuk diisi , tunjuk kad pengenalan & borang yang lengkap di pintu masuk dan imbas MySejahtera.
“2: Pendaftaran.
Serahkan borang , mereka akan semak borang tersebut & tekan link di MySejahtera apps untuk scan code disitu.
“3: Anda akan diberi pass number untuk berjumpa dengan doctor /mereka yang bertugas to explain about the vaccine atau menjawap soalan anda kalau ada
4. NEXT, adalah cubicle anda divaksin!
It’s so fast & easy. Kena buka balik apps tu untuk scan code bahawa anda sudah terima vaksin.
5. Serahkan borang & anda akan terima card anda telah divaksin. Buka apps again & tekan link lagi to scan the code.
6. Observation area. Tunggu 15 atau 30minit untuk tengok jika ada symptoms.
7. Then you're done!,” kongsinya.
Tambah Elfira lagi, tips berguna adalah penerima vaksin perlu dating awal dan memakai baju yang sesuai.
“Tips dating awal 30minit je . Walaupun appointment anda contohnya pukul 3 kalau datang awal dia akan proceed juga. Mine is at 3 tapi by 3.03pm dah settle.
“Kedua baju yang sesuai of course . Mine ada button kat tengah so just selak dari atas sahaja sikit,” beritahunya.
Sejak 2 Mei, kerajaan membenarkan mereka yang berada di Lembah Klang menjadi sukarelawan bagi menerima vaksin AstraZeneca dan ia mendapat sambutan ramai.
Must-Watch Video