,
Laman Utama

"Ia Cuma Gambar Kandid" - Gambar Ustaz Don & Dr. Zulkifli Tular, Admin Facebook Menteri Agama Jelaskan Salah Faham

Amri Hassan
16/07/2021
08:20 MYT
Aksi pendakwah bebas Ustaz Don Daniyal bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri tular di media sosial baru-baru ini.
Kedua-duanya hadir dalam rancangan siaran langsung bagi membincangkan isu norma baharu dalam ibadat haji.
Ramai yang tampil membahaskan perihal aksi Ustaz Don itu, sebahagiannya menganggap itu hanyalah gesture sebagai tanda menghormati individu yang lebih tua.
Mengambil serius akan pandangan yang tular di media sosial, pengendali akaun Facebook Dr. Zulkifli turut memberikan kenyataan balas.
"Pihak kami mengambil maklum gambar Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal yang tersebar dalam keadaan dikatakan seakan melakukan "sembah hormat (menjunjung duli)" kepada YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama).
"Ia tular di media sosial dan memberikan impak yang negatif kepada Ustaz Don Daniyal.
"Sebagai penjelasan, ia cuma gambar kandid yang diambil oleh jurugambar dan tidak ada sebarang maksud yang tidak selari dengan syarak, seperti yang diuar-uarkan," tulis pengendali Facebook itu.
Pihak terbabit turut memohon maaf atas penularan gambar berkenaan yang sedikit sebanyak memberikan impak negatif kepada imej Ustaz Don.
"Pihak kami ingin menzahirkan permohonan maaf kepada Ustaz Don Daniyal dan akan memastikan hal ini tidak lagi berlaku," tambah pengendali akaun itu.
Foto: FB Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.