HIBURAN

Ibu Anna Jobling Buat Luahan Hati, Kecewa ‘Ditikam’ Manusia Tak Berhati Perut - “Seolah-Olah Korang Tak Ada Mak”

Mya Amri 23/08/2025 | 02:55 MYT
Ibu kepada pelakon Anna Jobling, Ariz Arop telah memuat naik satu hantaran luahan hati penuh emosi di akaun media sosial miliknya pada Jumaat.

Luahan kecewa

Menerusi hantaran di Insta Stories miliknya itu, Ariz meluahkan rasa kecewa terhadap sikap sesetengah individu yang disifatkan sebagai tamak dan tidak berhati perut.

“Hati ku dah terlalu banyak luka, sampai dah tiada ruang untuk merasa sakit, ditikam manusia manusia yang tamak tak berhati perut.

“Yang seolah olah korang tak ada mak, apa korang rasa kalau mak korang diperlakukan sebegini? Allah maha adil,” tulisnya.


Sehingga kini, Ariz belum mendedahkan siapa yang dimaksudkan dalam kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Zarina Zainuddin Pesan Anna Jobling Berbaik Dengan Ibu, Takut Menyesal Bila Dah Tiada - “Jangan Jadi Macam Saya, Rasa Rugi Tak Spend Masa…”

ARTIKEL BERKAITAN:Mak Anna Jobling Bidas Dakwaan ‘Kenalan Rapat’, Kata Anna Belikan Rumah… - “Kat Mana Rumah Yang Heboh Tu? Tak Pernah Tahu Kewujudan..”

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Luah Rasa Terkilan, Dakwa Anna Mahu Putuskan Hubungan Kekeluargaan - “Mereka Semua Hamba Duit, Mama Adalah Ibu Awak…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Akan Baling Kerusi Ke Kepala Anak Kalau Buat Macam Ni, Kurang Ajar” - Azhar Sulaiman

ARTIKEL BERKAITAN:"Terima Kasih Buat Mama Kerana Melahirkan, Membesarkan Adik" - Anna Jobling


Sebelum ini, kemelut keluarga Anna dan ibunya menjadi perhatian apabila muncul seorang individu dipercayai ‘kenalan rapat’ keluarga mendakwa pelakon itu memberi wang RM10,000 sebulan kepada ibunya serta membeli rumah.

Dalam masa sama, individu tersebut mendakwa sikap Anna yang memilih berdiam diri bukan kerana lemah, sebaliknya demi menjaga maruah ibunya meskipun dirinya sering dipersalahkan.

Bagaimanapun, Ariz hanya menafikan tentang dakwaan rumah dan tidak mengulas mengenai pemberian wang bulanan yang dikaitkan dengan Anna.
#Anna Jobling #Luahan Hati #Ariz Arop