Berita

Ibu Bapa Bawa Anak Ke Tempat Awam Mungkin Akan Dikenakan Tindakan!

Fiza Kamarudin
18/05/2020
18:12 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang di dalam peringkat perbincangan untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa dan penjaga yang membawa kanak-kanak ke tempat awam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media harian COVID-19 pada Selasa berkata, tidakan lebih keras akan diambil sekiranya membawa anak ke tempat awam atau hospital tanpa temujanji atau sebab yang kukuh.
Buat masa sekarang, Dr Noor Hisham berkata, KKM dan MKN masih menjalankan kaedah menasihati ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak mereka ke tempat awam. “KKM akan berbincang dengan MKN untuk melihat cara penguatkuasaan undang-undang terhadap ibu bapa yang membawa anak mereka ke tempat awam.
"Kita telah menasihati ibu bapa supaya tidak membawa anak mereka ke tempat awam seperti di pasar raya atau hospital tanpa temujanji.
"Tetapi sekarang kita akan bincang bagaimana kita nak kuatkuasakan undang-undang terhadap ibu bapa yang masih ingkar.
"Kalau kaedah lembut sekarang tidak berjaya, kita akan gunakan kaedah penguatkuasaan," katanya.Selain itu penguatkuasaan terhadap pergerakan rentas sempadan negeri berikutan masih ramai individu yang cuba pulang ke kampung.
“Jika orang awam tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kes akan meningkat terutama selepas musim perayaan dan ini membimbangkan KKM.
"Buat masa ini jika nak balik ke kampung, kita hanya nasihat dan suruh patah balik, tapi kalau nasihat KKM tidak diendahkan kita akan gunakan kaedah penguatkuasaan," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.
Hiburan

Syukur Sembuh Covid Kali Ketiga, Che Ta Belum Rancang Nak Sambung Rai Anniversary Kahwin - “Tak Ada Mood Nak Buat”

gempak
08/01/2024
07:55 MYT
Terbantut Che Ta nak sambut anniversary dengan suami.