Ketakutan dan kebimbangan yang melanda ibu bapa Nur Izzah Mohd Shokri agak reda selepas mereka akhirnya dapat melawatnya di Salford Royal Hospital di Greater Manchester.

Hospital ini adalah tempat pelajar tahun pertama Universiti Manchester ditempatkan selepas berada dalam keadaan koma akibat kemalangan dengan bas pada hari Isnin lalu.

"Ada perasaan lega, akhirnya saya dapat melihatnya sendiri. Dia kelihatan seolah-olah sedang tidur, tanpa kecederaan yang dapat kita lihat," kata Mohd Shokri Zainal, yang bersama isterinya Hamidah Wahab.

"Sepanjang penerbangan, saya hanya merasa ingin melihatnya sendiri. Sepanjang perjalanan saya berfikir, adakah saya akan tiba di sana tepat pada waktu untuk menemuinya? Saya tidak dapat tidur walau sekejap setelah menerima panggilan pada pukul 3 pagi dari pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London mengenai kemalangan itu.

"Saya hanya mahu berada di sana untuk memegang dan menciumnya serta membacakan Yaasin. Kami diberitahu untuk meluangkan masa yang kami suka kerana mereka (doktor) tidak tahu bila kami akan dapat berjumpa dengannya lagi kerana pandemik, " kata Hamidah pula.

Tambah guru dari Kolej Komuniti Bentong di Karak, Pahang menyatakan hampir satu jam dia dan suami menghabiskan masa di sisi puteri kesayangannya sambil menitipkan kata semangat.

"Kami menghabiskan kira-kira satu jam di sana untuk membaca doa dan bercakap dengannya.

"Kami meyakinkannya bahawa kami akan berada di sana sehingga dia pulih dan memintanya untuk menjadi kuat dan berani," katanya lagi.

Di samping itu, Shokri dan Hamidah juga dibawa untuk melihat tempat di mana kemalangan berlaku di Wilmslow Road di Rusholme, selatan Manchester.

Pelajar jurusan Perakaunan dan Kewangan yang ditaja oleh Petronas itu sedang berbasikal ketika kemalangan itu berlaku pada jam 4.25 petang waktu UK.

Izzah yang berusia 20 tahun itu mengalami kecederaan di kepala, tulang rusuk dan paru-paru. Dia dikejarkan ke hospital di mana dia menjalani pembedahan neuro.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank Hamidah Wahab 106138056407 atau Maybank Kesatuan Alumni Se-Eropah 564922002001. Tarikh akhir sumbangan adalah pada 8 Januari 2021.



Sumber: New Straits Times