Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen dibawa ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini, hari ini, bagi melengkapkan siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak terbabit.

Tiba di mahkahmah

Peguam kedua-dua suspek, Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat dilihat tiba di mahkamah masing-masing pada jam 11.15 pagi dan 11.20 pagi.

Turut kelihatan berada di mahkamah adalah ahli keluarga kepada bapa kanak-kanak malang itu.

Fahmi ketika ditemui pemberita berkata, beliau baru dimaklumkan oleh pihak mahkamah untuk hadir bagi prosiding hari ini kira-kira jam 9 pagi tadi.


Difahamkan, suspek dibawa ke mahkamah bagi prosiding secara tertutup di hadapan Majistret.

BERITA TRENDING: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh

Puluhan pengamal media yang hadir tidak dibenarkan mengikuti prosiding, sebaliknya hanya boleh membuat liputan perkembangan kes terbabit di lobi mahkamah.

Pada Isnin lalu, ibu kepada Zayn Rayyan dibawa ke kediaman mereka di Damansara Damai di sini, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian.

Difahamkan, suspek dibawa ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemukan iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman.

Anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak dipercayai untuk lakonan berkenaan.

Terdahulu, polis menyambung reman ibu bapa kepada kanak-kanak autisme terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pasangan itu direman enam hari sehingga esok.

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham

Pasangan suami isteri itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mereka ditahan di sekitar Puncak Alam, 31 Mei lalu.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira 10 malam.

Sumber: Harian Metro

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam