Laman Utama
Ibu Berjaya Halau Anak Umur 40 & 42 Sebab Macam ‘Parasit’ Di Rumah
Seorang ibu berusia 75 tahun akhirnya menarik nafas lega selepas mahkamah mengeluarkan perintah agar dua orang anaknya keluar daripada rumah.
Perintah itu dibuat mahkamah Pavia di Itali selepas warga emas tersebut tidak berjaya memujuk dan meminta dua anak lelakinya berusia 40 dan 42 tahun keluar daripada rumah miliknya.
Warga emas tersebut malah menggelarkan dua anak lelakinya sebagai parasit kerana tidak pernah menyumbang atau mengeluarkan satu sen pun duit sepanjang mereka menetap di rumah ibunya.
Kedua lelaki tersebut diberi tempoh sehingga 18 Disember untuk keluar daripada rumah ibu mereka, lapor The Guardian.
Media antarabangsa melaporkan warga emas tersebut merupakan ibu tunggal dan tinggal di apartmen dengan menerima wang pencen manakala kedua anak lelakinya sudah bekerja namun tidak pernah mahu membantu wanita tersebut.
Menerusi data yang dikeluarkan The Guardian, sekitar 70 peratus individu di Itali berusia sekitar 18 hingga 34 tahun masih menetap bersama ibu bapa mereka dengan 76 peratus daripadanya adalah lelaki.
Must-Watch Video