Ibu Mentua Dah Tanya Bila Nak Ada Anak Kedua, Elisya Sandha Pula Mahu Beli Rumah
Asyikin Mayudin
10/06/2024 11:55 MYT
10/06/2024 11:55 MYT
Pelakon Elisya Sandha mengakui ibu mentuannya iaitu pengarah dan pelakon Sheila Rusly sudah menyuarakan hasrat untuk mempunyai cucu kedua.
Belum Ada Perancangan
Elisya bagaimanapun berkata buat masa sekarang dia dan suami belum mempunyai perancangan untuk menambah ahli keluarga baharu memandangkan masing-masing sibuk mencari duit.
BERITA TRENDING: “Mak Mentua Faham Kerja Saya, Tidak Cepat Menghukum” - Elisya Sandha
BERITA TRENDING: Air Mata Elisya Mengalir Berkongsi Fasal Fasha Sandha - “Tak Ada Kata Dapat Digambarkan Tapi Saya Memang…”
“Itu (zuriat) juga dalam perancangan… mak mentua dah tanya sebenarnya, dia cakap ‘ha Elisya dah boleh dah ni, Bunga dah besar, bagi la anak lelaki seorang’.
“Tapi sekarang ini kita tengah fokus pada karier masing-masing. Kita berdua memang tengah nak cari duit, belum terfikir lagi untuk ada anak seorang lagi.
“Cumanya, saya dan suami cakap kalau ada rezeki itu, why not, just go for it. Tahun ini memang agak sibuk untuk cari duit, yela saya nak beli rumah, suami pula nak bawa saya pergi umrah.
“Ibu saya sendiri tak kisah sebab cucu dia dah ramai. Mak mentua saya pula, cucu dia baru seorang. Itu yang tanya bila nombor dua, Insya-Allah ada rezeki tahun hadapan,” katanya kepada Gempak.
Rumah Landed RM1.2 Juta
Adik kepada aktres Fasha Sandha ini memberitahu dia kini dalam proses untuk membeli rumah landed berharga RM1.2 juta yang juga merupakan impiannya sejak tamat persekolahan.
“Untuk tahun ini, saya memang sasarkan untuk beli rumah sendiri. Memang masa zaman sekolah, saya dah tanam hasrat bila umur 25 tahun kena ada rumah sendiri.
“Alhamdulillah, saya masih merancang dan Insya-Allah tahun ini saya akan ada rumah sendiri. Yang sekarang ini, saya tak anggap rumah saya sebab itu suami yang beli.
“Saya nak ada rumah dari hasil duit saya sendiri yang susah payah kumpul. Ikutkan saya dah jumpa rumah ini, tengah tunggu nak bayar duit pendahuluan.
“Dari habis sekolah, saya memang fokus nak beli kereta dan rumah. Dalam masa lima tahun saya dapat kumpul,” ujar Elisya lagi.
Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy Azman pada 21 Ogos 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Bunga Elhaq, 2.
BERITA TRENDING: Identiti 'Isteri' Terbongkar, Pasangan Lelaki Kantoi Kahwin Sejenis
BERITA TRENDING: "Hamil Tanpa Suami Itu Tidak Mudah” - Tunjuk Baby Bump, Mondy Tatto Kini Berbadan Dua?
BERITA TRENDING: “Tak Apa… Di Sini Kita Belajar, Siapa Ada Siapa Tiada Masa Kita Ditimpa Masalah” - Fasha Sandha
BERITA TRENDING: Identiti 'Isteri' Terbongkar, Pasangan Lelaki Kantoi Kahwin Sejenis
BERITA TRENDING: "Hamil Tanpa Suami Itu Tidak Mudah” - Tunjuk Baby Bump, Mondy Tatto Kini Berbadan Dua?
BERITA TRENDING: “Tak Apa… Di Sini Kita Belajar, Siapa Ada Siapa Tiada Masa Kita Ditimpa Masalah” - Fasha Sandha
BERITA TRENDING: Fasha Sandha Kecewa Netizen Anggap Covid-19 Hanya Demam Biasa - “Sebab Ramai Masih Fikir Macam Ini, Sebab Itu…”
BERITA TRENDING: "Mama Bekalkan Donut, Hantar Kami Ke Sekolah Naik Basikal Setiap Hari" - Fasha Sandha Menangis, Terimbas Memori Tinggal Di Rumah Anak…
#pelakon
#Selebriti
#Sheila Rusly
#Elisya Sandha
#Ibu Mentua
#Elisya anak
#Ibu mentua Elisya
#Suami Elisya