Pelakon Shima Anuar, 30, memaklumkan bahawa ibu mentuanya, Saadiah Ishak, 77, telah meninggal dunia, pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsikan melalui hantaran di Instagram (IG), beberapa minit yang lalu.

"Assalamualaikum. Minta jasa baik anda untuk sedekahkan Al Fatihah untuk ibu mentua saya yang telah pulang ke rahmatullah pagi tadi. Terima kasih ya semua," tulisnya.

A post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar)


Dalam pada itu, pelakon drama Highland Tower turut mengucapkan terima kasih kepada arwah kerana menerima dirinya sebagai menantu selama dia berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toh.

"Mak, terima kasih terima Shima untuk jadi menantu mak. Terima kasih lahirkan abang. Seorang anak, suami dan ayah yang baik untuk kami.

"Semoga mak tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al fatihah," tulisnya lagi.

Terdahulu, ibu mentua Shima telah dimasukkan ke pusat perubatan swasta akibat diserang penyakit jantung.