,
Laman Utama

"Ibu Saya Ditiarapkan" - Achey Risau 7 Ahli Keluarga Positif COVID-19, Jadi 'Runner' Hantar Keperluan Di Hospital & Rumah

Amri Hassan
12/08/2021
05:50 MYT
Pelawak Achey memberitahu ibunya, Ngaisah Hassan, 73, kini masih menerima rawatan sebagai pesakit COVID-19 tahap tiga di Hospital Segamat, Johor.
Bagaimanapun, ibunya terpaksa diletakkan di dalam wad pesakit COVID-19 tahap empat memandangkan perlu mendapatkan pemantauan rapi.
"Hospital hubungi saya dan memaklumkan dia ada radang sedikit di paru-paru dan ubat anti-radang masih dimasukkan dalam badan sampai 14 hari. Jadi, dia ada baki dalam 4 hari. Dia demam sedikit.
"Ibu saya sebenarnya stage 3, tapi dia diletakkan di dalam wad stage 4 sebab dia perlu pemerhatian yang lebih rapi.
"Dia ada demam dan masih dimasukkan antibiotik untuk menguatkan badan, sehingga kini masih memerlukan bantuan oksigen dan ditidurkan secara meniarap. Badan pula semakin susut. Kesihatan dia turun naik," katanya kepada Gempak.
Jelas Achey, keluarganya dijangkiti virus berbahaya itu bermula daripada pelanggan yang membeli jualan mereka di tepi jalan.
"Keluarga saya cari makan dengan menjaja tepi jalan dan jual produk sendiri. Wabak ini berjangkit daripada pelanggan, apabila bawa balik rumah seorang demi seorang kena bermula dengan abang saya, ibu saya dan kakak.
"Buat masa sekarang kakak saya sudah balik, tinggal abang dan ibu saya masih dirawat di hospital.
"Balik saja kakak saya, adik saya, Natasha pula dibawa ke PKRC Johor Bahru. Hari ini dapat tahu adik ipar perempuan dan anaknya pula positif COVID-19. Kemungkinan dia tiga beranak akan dibawa untuk kuarantin.
"Ada dua orang lagi yang belum ada keputusan iaitu suami kepada adik saya Natasha dan abang sulung saya. Ramai di rumah dan berganti-ganti," tambah Achey.
Kata Achey lagi, kemalangan yang menimpanya pada Julai lalu ada hikmah apabila kini dia dan isteri, Nor Hasanah Yahaya menjadi jurugegas menghantarkan barang keperluan di hospital dan rumah keluarganya di Labis.
"Ada hikmah sebenarnya selepas saya patah tangan, saya diuruskan oleh isteri saya di rumah mentua saya. Jarak dengan rumah keluarga saya di Labis cuma 15 minit.
"Bila semua kena (COVID-19), yang boleh hantar makanan dan keperluan hanya saya dan orang rumah saya. Kami saja yang free. Kalau saya tak berapa sihat, isteri saya tolong hantarkan.
"Kadang-kadang saya yang hantar, tapi maklumlah nak bawa kereta pun susah sebab tangan dah dua-dua cedera, tak boleh nak pusing stereng. Cuma, apa boleh saya katakan sekarang apa yang berlaku, jalan je dulu.
"Kami tak boleh ambil barangan dari rumah keluarga untuk dihantar ke hospital sebab di rumah ramai yang positif.
"Jadi, apa keperluan di hospital dan pusat kuarantin kita perlu beli baru. Sama juga dengan rumah di Labis yang perlukan keperluan pun kami juga yang akan hantarkan. Kejap hospital, kejap ke Labis," tambahnya.
Menerusi kemaskini di Instagram, keluarga Achey mula dimasukkan ke hospital di Johor sejak minggu lalu akibat dijangkiti COVID-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

“Dengan Rasa Amat Sedih, Dimaklumkan Bahawa Bonda Tersayang…” - Ibu Nora Ariffin Meninggal Dunia

gempak
19/11/2024
11:24 MYT
Ibu kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin Datin Hajjah Wan Azizah Wan Ismail telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Berita

Bakal Calon SPM Hadapi 63 Pertuduhan Amang Seksual, Pornografi Kanak-Kanak

gempak
18/11/2024
04:50 MYT
Bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sebuah sekolah menengah di Sri Gading, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor, hari ini, atas 63 pertuduhan amang seksual bukan fizikal termasuk memiliki video pornografi kanak-kanak.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Persembahan Penuh Emosi, Sarkas Juara Muzikal Lawak Superstar 4! Bawa Pulang Wang Tunai RM150,000

gempak
17/11/2024
15:48 MYT
Kumpulan Sarkas dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.
Unitar