Skip to main content

Berita Tempatan

PGLM Memang Layak Sold Out, Untung Calon Penonton Dapat Menikmati ‘Roh’ Baharu

PGLM Memang Layak Sold Out, Untung Calon Penonton Dapat Menikmati ‘Roh’ Baharu

Sekilas

  • Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) telah dipersembahkan secara eksklusif sebelum pembukaan rasmi Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC) dengan penerimaan yang sangat mengagumkan.
  • Pelakon utama seperti Mila Mohsin, Aqasha, Yusof, Lukman Hafidz, Nadia Aqilah dan Mimi Fly berjaya menghidupkan watak masing-masing dengan penuh karisma dan emosi.
  • Tiket untuk pementasan PGL sold out dengan pantas, menandakan sambutan hangat dan kepentingan teater muzikal ini dalam industri hiburan Malaysia.
Advertisement

Selepas media dipertontonkan secara eksklusif Puteri Gunung Ledang The Musical   (PGL) sebelum pentas The Grand Theatre, Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC) dibuka secara rasmi pada malam ini, hanya ada satu kata buat seluruh tim produksi.

Menakjubkan.

Advertisement

Penonton telah ‘tersihir roh’ Gusti Puteri Retno Dumilah atau Puteri Gunung Ledang terutama disantuni Mila Mohsin dengan anggun.

Penampilan perdana Mila tidak ‘kosong’ malah pesona dan sosok Gusti Puteri seperti telah lama berdampingan bersama sehingga melihat tubuh meliuk dan merintih sahaja sudah ‘terpanah asmara’ diikuti penyandang karakter sama, Aisha Retno.

Ikut larut dalam derita dan lara Hang Tuah (Aqasha) yang kecewanya — saat dihujung cerita akan membuat calon penonton bermuram durja.

Advertisement

Dan Aqasha menghidupkan sosok Hang Tuah - pahlawan Melayu dengan karisma tersendiri.

Seterusnya, terpana dengan kewibawaan Yusof sebagai Adipati yang memaknai karakter tersebut dan pemerintahan Majapahit yang ketuanan.

Menggerutu di dalam hati melihat angkuhnya Sultan Melaka yang dilakonkan Lukman Hafidz tanpa memaksa keras dirinya harus dilihat mampu menggalas tanggungjawab tersebut ; tetapi dilakukan berperingkat sehingga hati ikut membara.

Dan tentu sekali, penggalas Bayan - Nadia Aqilah serta Mimi Fly telah meletakkan tanda aras yang tinggi ; ‘menggunyah’ watak tersebut tanpa berlebihan tetapi cukup mengesankan sehingga sukar untuk tidak jatuh cinta dan menjadi peminat Bayan dalam naskhah ini.

Tanpa barisan pelakon lain yang terlibat, PGL juga hilang seri.

Mereka inilah yang mencantikkan keseluruhan naratif teater muzikal ini menerusi kepakaran menari, menyanyi serta berlakon dengan begitu baik sehingga setiap tingkah laku di atas pentas bukan sekadar menjadi ‘nasi tambah’ tetapi penggerak penting yang ‘menghidupkan’ PGL secara amnya.

Bersama mereka, PGL wajib diberi kredit yang besar buat  si sutradara Puan Seri Tiara Jacquelina yang juga memproduksi naskhah versi baharu ini di bawah rumah produksi Enfiniti Productions.

Tanpa kefahaman yang jelas dan bersemayamnya roh Puteri Gunung Ledang  di sanubari sejak lebih 18 tahun lalu, PGL barangkali sukar diterjemahkan lalu disulam dalam versi baharu yang mengetengahkan tentang perjuangan, cinta serta kekecewaan.

Dan setelah lebih dua jam menonton dengan asyik, maka tidak hairan dan layaklah tiket PGL sold out dalam sekelip mata dengan puluhan ribu lagi yang ralat membeli.

Buat calon penonton pementasan pertama malam ini dan slot seterusnya sehingga 15 November 2026, kalian beruntung kerana bakal menjadi sebahagian sejarah menyaksikan PGL versi baharu yang tentu akan menjadi epik industri hiburan Malaysia tentang betapa hebatnya karyawan seni tempatan.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Must Watch Video

Advertisement