Anak kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khazrul Elzy iaitu Syareen menyatakan ucapan terima kasih kepada tunang bapanya, pelakon Zarina Anjoulie.

Syareen menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya menyatakan ibu tiri juga berhak menerima penghormatan daripada seorang anak.

“Terima kasih mama @anjoulielavocah1 sebab selalu baik dengan Syareen.

“Ibu tiri berhak mendapat penghormatan yang sama yang akan diterima oleh seorang ibu. Mereka mencurahkan semua masa, tenaga dan kasih sayang kepada seorang kanak-kanak yang bukan dari mereka.

“Ibu tiri tidak melakukan perkara itu sebab terpaksa, mereka buat kerana mahukan anda,” tulisnya.

A post shared by Syareen Dato Sri Khazrul Elzey ?️ (@syareenkhazrul)


Sebagai bukti hubungan baik mereka, Anju juga dilihat hadir bersama Syareen di majlis pelancaran dan pengumuman Fasha Sandha sebagai duta jamu Beunita baru-baru ini.

BACA: Zarina Anjoulie, Khazrul Kembali Berhubungan, Netizen Pesan Hati-Hati - "Kahwinlah Cepat-Cepat!"

Terdahulu, selepas pelbagai kontroversi, Anju kembali menjadi perhatian netizen apabila kembali menjalinkan hubungan baik bersama bekas tunangnya, Datuk Khazrul.

Malah selepas enam bulan membawa haluan sendiri, Anju juga mengakui kini kembali bergelar tunangan Khazrul.