Laman Utama

Ibu Uyaina Restu Raja Syahiran? Menangis Sebab...

gempak
Asraf Aided
30/12/2020
10:56 MYT
Sponsor Banner
Ibu Uyaina Restu Raja Syahiran? Menangis Sebab...
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad menerima kejutan daripada pihak produksi MeleTOP yang diacarakan malam tadi apabila memaparkan video kata-kata nasihat ibunya, Siti Noor Farah.
Sebaik sahaja mendengar kata-kata ibunya, Uyaina terus mengalirkan air mata.
"Ummi bukan apa, kasihan sebab Yaina selalu kerja teruk sampai tak ada masa untuk bermesra dan bercakap dengan Ummi.
"Ada pun sekejap sahaja ketika Yaina tengah make up, dapatlah kita luang masa sekejap lepas tu Yaina kerja sampai lewat malam baru balik, Ummi dah tidur, esok paginya pun seperti itu juga," kata ibunya dalam video itu.
Tidak terhenti di situ, ketika program masih berlangsung, muncul pula teman lelaki Uyaina, penyanyi Raja Syahiran yang turut membuat kejutan memberikan sejambak bunga.
Kemudian, Syahiran menambahkan lagi keterujaan kekasih hatinya itu dengan mengumumkan kemunculan ibu Uyaina bersama abangnya yang hadir ke studio MeleTOP untuk turut membuat kejutan.
Uyaina yang sangat gembira dan terharu mengatakan dia tidak menduga perkara tersebut akan berlaku.
Dalam segmen selepas itu, hos Nabil Ahmad ada bertanya ibu Uyaina sama ada Syahiran ada menepati kriteria menantu idamannya.
"Raja Syahiran ni ada tak kriteria seorang menantu yang Ummi mahukan?" tanya Nabil.
Dengan wajah tersenyum, ibu Uyaina menjawab.
"Banyak, Alhamdulillah syukur kepada Allah," katanya.
Terdahulu, menerusi laporan Gempak pada 11 September 2020, Syahiran ketika itu akui sedang berkenalan dengan Uyaina dan mengatakan hubungan mereka rapat sejak beberapa bulan sebelum itu.
BACA : Sedang Kenal Hati Budi, Raja Syahiran Mengaku Rapat Dengan Uyaina Arshad
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live