Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap dalam kehidupan berumah tangga.

Begitupun, tidak semua pasangan dikurniakan rezeki anak dalam mahligai yang dibina.

Hal ini kerana, ada pasangan yang mengambil masa bertahun-tahun sebelum mereka mampu bergelar ibu dan bapa.

Bagi pelakon Ika Nabella sendiri, dia mengakui melakukan pelbagai ikhitiar untuk hamil selepas berkahwin termasuklah pergi berubat dengan ustaz.

"Hampir setahun saya lahirkan zuriat pertama kandungan kedua saya!
Bahagianya Dia tahu! Allah tahu bukan mudah untuk tepis soalan sinis kiri kanan, petua lapuk atas bawah, suara sumbang depan belakang, lawak bodoh orang.

"Bersyukur dipertemukan dengan pasangan ini. Tak sangka ada yang sudi bantu kami yang buntu mahukan zuriat tanpa meletakkan sebarang bayaran.

"Selain amalkan pemakanan sihat, ubah gaya hidup, bersukan setiap hari. Ubah pemikiran. Salah satu cara saya dan @zaidbowie ikhtiar untuk hamil dulu adalah pergi berubat dengan ustaz," ceritanya.

Dalam posting tersebut, Ika turut berkongsi gambar dengan individu yang membantunya dalam usahanya melakukan ikhtiar menggunakan rawatan Islam.

Harini ziarah ayah angkat @muhammadnoahzayn ... Abang & Kakak dari @rawatan_islamalmujahidin ?? Almost a year I lahirkan zuriat pertama kandungan kedua I! Bahagianyaaaa Dia tahu!! Allah tahu bukan mudah utk tepis soalan sinis kiri kanan, petua lapuk atas bawah, suara sumbang depan belakang, lawak bodoh orang orang.. Bersyukur dipertemukan dgn pasangan ini. Lillahitaala bersyukur. Tak sangka ada yg sudi bantu kami yg buntu mahukan zuriat tanpa meletakkan sebarang bayaran. Selain amalkan pemakanan sihat, ubah lifestyle, bersukan everyday. Ubah mindset. Salah satu cara I & @zaidbowie ikhtiar utk hamil dulu adalah pergi berubat dgn Ustaz. Tak lupa amalkan air rebusan buah zuriat everynight, minum air kelapa bakar every other night dgn bacaan beberapa potong ayat suci Al Quran.. bunyi mcm mudah. Hanya mereka yg TTC je tahu, I belajar erti REDHA selama tempoh mencuba, dikala I redha Allah kurniakan zuriat tak dijangka... Allah Maha Pemurah. I doakan kalian agar semua dpt merasa nikmat yg satu ini... I nak kalian rasa kehidupan seorang wanita yg berubah 360 darjah, please terus bersangka baik dgn Dia, Yakin ketetapan Dia.. I am a better person with Noah Zayn by my side.. Alhamdulillah Tadi ada bertanya Ustaz, apa petua utk hamil anak kembar heheheheh mana tahu adik Noah Zayn twins keeee ? Ada yg nk tahu ke? Jom kita tunggu Ustaz jawap post ni ? #TTC

A post shared by meet - MAMIKA (@ikanabella) on


Bahkan, menurut Ika juga, pada masa sama, dia juga mengamalkan petua pemakanan.

"Tak lupa amalkan air rebusan buah zuriat setiap malam, minum air kelapa bakar dengan bacaan beberapa potong ayat suci al-Quran, bunyi macam mudah.

"Hanya mereka yang TTC (Trying to Conceive - wanita yang cuba mengandung) je tahu. Saya belajar erti reda selama tempoh mencuba, di kala saya reda, Allah kurniakan zuriat tak dijangka... Allah Maha Pemurah," katanya.

Pada masa sama, Ika turut menasihati wanita lain yang sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat agar terus bersangka baik dengan Sang Pencipta.

"Saya doakan kalian agar semua dapat merasa nikmat yang satu ini. Saya nak kalian rasa kehidupan seorang wanita yang berubah 360 darjah, tolong terus bersangka baik dengan Dia, yakin ketetapan Dia.

"I am a better person dengan kehadiran Noah Zayn di sisi. Alhamdulillah.

"Tadi ada bertanya ustaz, apa petua untuk hamil anak kembar heheheheh mana tahu adik Noah Zayn kembar ke.. ada yang nak tahu ke? Jom kita tunggu ustaz jawab post ni," tulisnya.

Ika mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Zaid Aznam pada 30 Julai 2016.

Pasangan tersebut kemudian dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Noah Zayn pada 23 Oktober 2019 selepas tiga tahun menanti.