gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Kalau Ada Yang Kata Sakit, Saya Hanya Minta…” - Dafi Jawab Dakwaan Sering Ke Hospital Sebab Hidap Kanser
BERITA
Hutang PTPTN Pelajar UPSI Maut Kemalangan Dilupuskan
HIBURAN
Maher Zain Tak Lupa Penderitaan Rakyat Palestin, Guna Pentas Konsert Tunjuk Solidariti - “Kehidupan Harus Diteruskan Tapi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Ikut Cuti Sekolah Malaysia, Shuhada Perlu Bawa Pulang Anak-Anak" - Hafidz Roshdi

gempak
Gempak
30/04/2025
21:45 MYT
Sponsor Banner
"Ikut Cuti Sekolah Malaysia, Shuhada Perlu Bawa Pulang Anak-Anak" - Hafidz Roshdi
Pelakon Hafidz Roshdi bersyukur pihak mahkamah memberinya hak lawatan interim terhadap dua anaknya, Humairah dan Umar sepanjang musim cuti sekolah pada Mei depan.
Menurut Hafidz atau nama penuhnya Muhammad Hafidz Roshdi, 31, keputusan tersebut memberinya peluang untuk menghabiskan masa dengan dua anaknya yang sudah lama tidak ditemuinya.
“Alhamdulillah saya dapat hak lawatan, insya-Allah hujung Mei depan dapat berjumpa dengan anak-anak saya.
“Mahkamah beri hak lawatan sepenuhnya kepada saya sebelum keputusan induk hadanah pada Julai depan.
“Apa pun saya gembira dengan keputusan ini,” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding keputusan interim hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.
Hafidz bagaimanapun menegaskan dia tidak akan mengalah bahkan menolak untuk ‘terbang’ ke Australia bagi bertemu anak-anaknya.
Baginya, bekas isteri perlu akur dengan perintah yang sudah dikeluarkan oleh pihak mahkamah berhubung hak lawatan interim tersebut.

“Saya tak akan ke sana, itu memang pasti.Dia yang perlu bawa anak-anak balik ke sini. Sebab ini perintah mahkamah.“Anak-anak sepatutnya bermastautin di sini dan tidak patut di bawa ke sana.

“Keputusan ini mengikut cuti sekolah di Malaysia dan dia pergi ke sana bawa anak-anak tanpa persetujuan saya,” ujarnya.
Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membenarkan Hafidz mendapat hak lawatan interim terhadap dua anaknya sepanjang cuti sekolah selama dua minggu bermula 29 Mei hingga 9 Jun depan.
Terdahulu, pada 31 Oktober 2023, Shuhada memfailkan permohonan kepada pihak mahkamah untuk meletakkan ibunya sebagai responden tambahan dalam tuntutan hak penjagaan anak.
Untuk rekod, Hafidz atau dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 sebelum disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, 27 Julai 2023.
Sumber: Kosmo!
Topic Berkaitan
#Viral
#Anak
#Mahkamah
#Australia
#Hafidz Roshdi
#Shuhada Shukri
#Interim
Must-Watch Video