Aktor kacak Hairul Azreen melahirkan rasa bersyukur apabila akan membuka sebuah cawangan air minuman Bubble Bee di Putrajaya.

Menerusi laman sosial Instagram, Hairul berkongsi sebuah video sesi pemberian kunci dah membuka kedai bersama Shuib Sepahtu.

“Alhamdulillah saya akan buka @bubblebeemalaysia_hq di Presint 15, Putrajaya, Presint Diplomatik. Insyallah akan buka tak lama lagi. Happy saya @shuibsepahti dapat kunci,” tulis Hairul menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, Hairul dan Shuib melihat keadaan kedai yang masih lagi kosong untuk beroperasi tidak lama lagi.

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)


Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya yang memberikan kata-kata sokongan pada Hairul untuk terus maju dalam bidang perniagaan.

Tahniah Rul,” tulis penyanyi Tomok.

Tahniah bebbb,” ucap pelakon Sherry Alhadad.

Abg Hairul ni energy dia lain macam. Bagus sangat, keep inspiring people bang,” sokong seorang wargamaya.

Presint yang paling happening di Putrajaya. Siapa meniaga dengan betul dan produk yang tepat, pasti ada customer datang,” kongsi seorang wargamaya.

Yeay hope masa opening nanti boleh jumpa,” kata seorang wargamaya.

Congrats bang. Semoga semuanya berjalan lancar,” doa seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir 400,000 tontonan daripada pengikutnya.