,
Berita

"Ikut Perancangan Nak Bawa Isteri Bercuti, Tapi Apakan Daya..."- Terpaksa 'Berkurung', Nazrief Nazri Buat Deco Sendiri Rai Birthday Isteri

ZULHILMI JALIL
27/03/2020
04:42 MYT
Pelakon Nazrief Nazri terpaksa melupakan hasrat untuk membawa isterinya bercuti sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang diraikan hari ini (27 Mac) susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Nazrief, 29, dia kemudian membuat keputusan untuk menyambut hari istimewa tersebut lewat malam tadi secara sederhana di rumah sahaja.
"Kalau ikut perancangan nak bawa isteri bercuti untuk birthday dia tahun ni, tapi apakan daya PKP pula.
"Jadi, buat jelah apa yang termampu, nak deco lebih-lebih pun tak pandai, selalu upah orang je. Guna apa yang ada je kat rumah, kedai pun banyak tutup.
"Kasihan my sayang, tak apalah, bila keadaan dah okay, nanti kita smabut proper ya sayang. Happy Birthday my better half," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam posting tersebut, Nazrief dilihat melakukan dekorasi dengan hanya menggunakan lampu kelip-kelip.
"Terima kasih sudi terima diri yang serba kekurangan ni. I love u so much. Semoga sayang sihat-sihat selalu dan hubungan kita kekal sampai syurga," coretnya sebagai ucapan dedikasi buat isterinya.
Usaha yang dilakukan Nazrief itu turut mendapat pujian isterinya Aizatul Aqma Hamdan yang juga merupakan seorang model.
"Kami tak boleh keluar untuk meraikannya keraan Kak Rona, jadi suami saya buat kejutan sempena birthday saya. Lihatlah dekorasinya! Ringkas tetapi cukup bermakna. Terima kasih," tulisnya di Instagram.
Nazrie mendirikan rumah tangga dengan Aizatul pada 16 November 2019.
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Nazrief Nazri di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Lagi satu, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama

gempak
14/09/2024
11:55 MYT
Video ucapan istimewa anak kepada pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-34 mencuri tumpuan netizen.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Ucap Birthday Noor Nabila - “I Doakan You Happy Dan Bahagia Dunia Akhirat”

gempak
04/09/2024
02:25 MYT
Perkongsian aktor Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila membuat ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada bekas isterinya, Noor Nabila, pada Rabu.
Hiburan

M Nasir Sambut Hari Lahir PMX Di Konsert - “Saya Bukan Bagi Kek,Tapi Pulut Kuning”

gempak
10/08/2024
15:07 MYT
Penyanyi lagenda, Datuk M Nasir membuat kejutan dengan menyambut ulang tahun kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di konsert Dato’ M N45ir Cipta sebentar tadi.
Hiburan

Sempoi! Sean Lee Bawa Makan Durian Sambut Birthday Isteri – “Thank You Sebab Hadir Dalam Hidupku”

gempak
19/07/2024
21:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Sean atau nama sebenarnya Lee Jia Ern, 30, berkongsi momen dia bersama isteri tercinta, Bay Doucet.
Hiburan

"Dia Menangis Sebab Tak Boleh Telan Pun Kek" - Ira Mohd Amin Sambut Birthday Anak Di Hospital, Mohon Doa Dapat Lawan Penyakit ‘L’

gempak
09/07/2024
21:24 MYT
Pengacara, Ira Mohd Amin berkongsi momen anak sulungnya, Saif Zairil, 11, yang disahkan menghidap Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) menyambut ulang tahun kelahiran, baru-baru ini.