gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Dia Campak Buku Saya…” - Insiden Dimarahi Mas Idayu Masih Segar Dalam Ingatan Nadeera
HIBURAN
Kontroversi Anak Hamil Anak Luar Nikah, Erika Carlina Selamat Bersalin! DJ Panda Titip Doa Menyentuh Hati - “Kehadiran Mu Adalah Bukti…”
HIBURAN
Demi Sebuah Karya ‘Agung’ Melly Goeslaw, Misha Omar Nekad Untuk…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ikut Trend ‘Goyang Bahu’, Rabbani Tak Sangka Jadi Viral - “Kami Hanya Mahu Sampaikan Dakwah Secara Santai”

Mya Amri
Mya Amri
01/08/2025
09:50 MYT
Sponsor Banner
Ikut Trend ‘Goyang Bahu’, Rabbani Tak Sangka Jadi Viral - “Kami Hanya Mahu Sampaikan Dakwah Secara Santai”
Kumpulan Rabbani tidak menyangka video trend ‘goyang bahu’ yang dilakukan mereka menjadi viral di media sosial.

Mahu sampaikan mesej dakwah secara santai

Ketua kumpulan Rabbani iaitu Azadan Abdul Aziz berkata niat mereka hanya untuk menyampaikan mesej dengan cara yang lebih segar dan sesuai dengan peredaran zaman.

"Kami cuba berikan sedikit kelainan dengan cara yang lebih santai supaya mesej yang ingin disampaikan itu sampai dengan baik.

“Sebenarnya ada komen netizen yang negatif juga, tetapi kami harapkan netizen boleh terima pendekatan ini.

“Walaupun kami ini membawa mesej islamik namun lawak jenaka tetap ada dan mesej itu sampai,” ujarnya.
Tetap ikut syarak
Sementara itu, menurut Asri Ubaidullah, konten yang dihasilkan masih berlandaskan batas yang ditetapkan Islam supaya tidak menimbulkan salah faham dalam kalangan penonton.

“Selagi tak melanggar syariat kami okay sahaja, dalam era media sosial ini kadang-kadang ada perlunya kita bertoleransi.

“Jadi yang rasa bersesuaian pada kami, kita ikut sahaja insya-Allah,” jelasnya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai pendekatan yang digunakan, Asri berkata media sosial hari ini memerlukan pendekatan yang bijak dan fleksibel, namun masih perlu berpaksikan prinsip yang jelas agar isi dakwah tidak lari daripada tujuan asal.
“Selagi kita menjaga iktilat, pergaulan itu kita terbatas dan mesejnya sampai, kami rasa itu sudah memadai.
“Dalam media sosial khususnya sekarang ini, kalau lima minit kita nak bercakap tentang ceramah sahaja orang kurang mahu dengar.
“Tetapi apabila satu minit kita bercakap secara santai dengan ada mesejnya, orang mahu melihat. Maka cara visual itu lebih sesuai.
“Jadi kami cuba sampaikan apa yang patut dengan cara mudah dan santai supaya dakwah lebih berkesan,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Konsert Intifada Rabbani dijadualkan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 20 September depan.
Tiket akan mula dijual pada 31 Julai ini menerusi platform Ticket2u dan Fantopia.io.
Topic Berkaitan
#Viral
#Rabbani
#Tular
#Trend
#TikTok
#Goyang Bahu
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement