Hiburan

Ilmu Agama Bantu Bella Dally Istiqamah Bertudung

gempak
Kamaruddin Razal
24/01/2017
11:26 MYT
Sponsor Banner
Ilmu Agama Bantu Bella Dally Istiqamah Bertudung
Pelakon jelita Bella Dally mengakui ilmu dalam bidang agama membantu dirinya untuk terus istiqamah dalam mengenakan hijab.
Bertudung semenjak tiga tahun lalu, Bella mahu menjaga imejnya sebagai seorang selebriti yang selalu mendapat perhatian peminat.
"Saya akui, ilmu agama membantu saya untuk terus kekal istiqamah. Saya sentiasa mencari dan menambah pengetahuan mengenai ilmu agama menerusi kelas atau ceramah agama.
"Menjadi seorang selebriti di Malaysia, saya harus menjaga imej kerana orang memerhatikan apa yang kita lakukan. Saya harus memberikan contoh yang baik," kata Bella kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Bella turut mengakui iman didalam dirinya turun naik.
"Semenjak bertudung, saya akui, iman di dalam diri saya ada turun naik. Bila ternampak pakaian yang cantik tetapi kurang sesuai digayakan dengan hijab, sebagai seorang wanita biasa, saya juga teringin memakainya.
"Namun begitu, saya tidak boleh menggayakannya di khalayak umum kerana saya memakai tudung. Tetapi selepas saya berkahwin, saya sudah boleh kembali memakai pakaian tersebut untuk suami di rumah.
"Saya akui, pada awal fasa perubahan, saya masih memakai seluar ketat seperti skinny jeans digayakan bersama tudung.
"Lama kelamaan, saya sendiri rasa malu dan memilih untuk menggayakan seluar yang lebih longgar. Saya berubah ke arah kebaikan secara perlahan-lahan," katanya ketika ditemui di majlis perlancaran butik Bohari di Sunway Putra Mall baru-baru ini.
Butik yang dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ini menampilkan rekaan ready to wear ini merupakan buah tangan terbaru pereka fesyen Ridzuan Bohari untuk pencinta fesyen.
Selain Bella, selebriti seperti Sazzy Falak, Ameer Forteen dan Dayah Bakar turut memeriahkan majlis tersebut.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live