gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Berang Isteri Tak Angkat Telefon, Lelaki Paksa Anak Minum Air Mangkuk Tandas
BERITA
Lelaki Dipotong Kemaluan Gara-Gara Dituduh Guna…
HIBURAN
Worth The Wait Papar Perit Peroleh Anak, Ini Tips Untuk Kekal Positif & Jangan Menyerah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

IMperfect: Video Gaduh Viral? Elena Upah Netizen Imbuhan Cari Penyebar Video

Shahrin Zulkifle
Shahrin Zulkifle
06/10/2022
11:30 MYT
Sponsor Banner
IMperfect: Video Gaduh Viral? Elena Upah Netizen Imbuhan Cari Penyebar Video
Kehidupan remaja yang terlalu obses terhadap media sosial? Sanggup ‘singkirkan’ kawan sendiri untuk jadi yang terbaik? Biarpun ada nyawa yang terkorban? Apa yang sebenarnya berlaku?
Drama siri original terbaharu Gempak berjudul IMperfect kini bersiaran di kaca televisyen anda menerusi saluran Astro Ria (104).
Episod lalu menyaksikan Liza berjaya menjadi pembantu kepada influencer terkenal, Elena seperti yang diimpikannya selama ini. Secara tidak disangka, Elena telah kehilangan satu kempen penting dan dia menyalahkan Liza sedangkan puncanya adalah disebabkan popularitynya sebagai influencer sudah semakin menurun.
Memasuki episod kedua, Elena cuba meraih simpati dan sokongan pengikut media sosialnya dengan menawarkan imbuhan untuk sesiapa yang tahu mengenai penyebar video pertengkarannya dengan pengarah filem itu. Sebaliknya, netizen mengutuk Elena kerana tidak ikhlas dan bersikap buruk terhadap pengarah tersebut.
Semasa Elena dan Liza ke Fashion Valet berkaitan perlanjutan kontraknya dengan mereka, pihak Fashion Valet memberitahu yang mereka bakal menggunakan muka baru sebagai ganti Elena. Elena meminta pandangan Saga bagi memulih dan meningkatkan semula popularitinya di media sosial.
Saga mencadangkan agar Elena membuat kerja-kerja amal yang selalu menjadi pilihan para selebriti bagi memperbaiki imej dan mengembalikan kegemilangan mereka. Elena cuba mempergunakan Adam untuk turut muncul di media sosialnya tetapi Adam enggan memberi kerjasama hingga mereka bergaduh besar.
Liza berjaya mendedahkan orang yang menyebarkan video pertengkaran semasa ujibakat Elena yang membuatkan dia merasa terhutang budi dan mengajak Liza pindah ke banglonya.
View this post on Instagram
A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)
Adakah impian Liza akan tercapai untuk memiliki kehidupan seperti Elina? Saksikan IMPerfect lakonan Bella Dowanna, Nia Atasha, Dini Schatzmann, Linda Hashim, Daniel Fong, Daniel Cheang dan Natrah Khalid.
IMperfect ditayangkan pada setiap Rabu, jam 9:30 malam mulai 28 September 2022 melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang fleksibel.
Topic Berkaitan
#Linda Hashim
#Imperfect
#Nia Atasha
#Dini Schatzmann
#Daniel Cheang
#Daniel Fong
#Natrah Khalid
#Dolla Awanna
#Drama IMPerfect
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement