Selama lima musim Gegar Vaganza bersiaran, baru dua kali kuasa imuniti digunakan oleh penaja utama program tersebut.
Pertamanya ketika GV2, Datuk Seri Vida pernah menggunakan kuasa imunitinya untuk menyelamatkan Acong demi melayakkan penyanyi itu bertanding ke peringkat separuh akhir.
Manakala, malam tadi, kuasa imuniti yang diberikan kepada penaja utama GV5, Datuk Seri Aliff Syukri digunakan untuk menyelamatkan Zamani daripada tersingkir pada minggu kelima.
Bercakap mengenai kuasa dan nilai imuniti itu sendiri, jelas Aliff Syukri, pendiriannya untuk menggunakan kuasa itu untuk membantu Zamani diharapkan berbaloi.
"Saya melihat Zamani punyai tarikan sebagai bintang yang kuat untuk GV5 dan saya sendiri membesar dengan lagu-lagu dia. Tapi tidak bermakna saya peminat tegar Zamani.
"Saya tidak menyalahkan sesiapa terutama juri, cuma penyingkiran Zamani dirasakan kejam.
"Jadi, saya gunakan kuasa imuniti yang berjumlah ratusan ribu ringgit (seperti tertulis dalam kontrak) buat Zamani. Saya yakin walaupun dia tiada suara tetapi dia tetap legenda!
"Jadi, saya telah korbankan imuniti ini, kalau dia tidak hargai kuasa ratusan ribu ringgit itu, sia-sialah kuasa saya guna untuk dia. Namun, saya rasa tindakan saya ini betul dan semoga dia menghargainya,"" katanya kepada Gempak.
Tambah Aliff Syukri, tindakannya di pentas GV5 malam tadi disifatkan beremosi.
"Secara personalnya, saya sedih dan beremosi jika dia terhenti di sini. Saya seolah-olah tidak boleh menerima penyingkiran itu.
"Sampaikan saya termarah pula juri-juri.
"Dalam hati saya, kalau Zamani tersingkir rasanya tidak adil pula. Takkan kita nak halau orang yang sakit," jelasnya yang merancang untuk menggunakan kuasa imuniti untuk konsert semi final kelak sebenarnya.
Konsert GV5 menyaksikan Zamani berada di tangga tercorot dengan markah kosong daripada semua juri apabila gagal menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (The Flybaits).
Momen menusuk kalbu itu melakar sejarah apabila kegagalan Zamani disahut dengan nyanyian beramai-ramai seisi auditorium MBSA, Shah Alam.
Bagaimanapun, Aliff Syukri bertindak pantas menyelamatkan Zamani daripada penyingkiran dengan menggunakan kuasa imunitinya.
Lagu yang bakal dinyanyikan Zamani pula akan diumumkan oleh tenaga produksi dalam tempoh terdekat.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Amri Hassan
Sun Oct 28 2018
Sedar Berada Di Pihak Yang Salah, Ruhainies Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Bella Astillah
Lama mengunci mulut walaupun namanya hangat diperkatakan sejak ditangkap khalwat bersama suami kepada Bella Astillah, Aliff Aziz, aktres sensasi, Ruhainies tampil memberikan penjelasan.
Isu Individu Terpijak Paku Ketika Jogging, Netizen Syak Si Pelaku Pekerja Bengkel
Seorang individu mengalami kecederaan ketika berlari apabila ada individu lain yang tidak bertanggungjawab bertindak menanam paku di sepanjang jalan Rawang, Selangor pada Sabtu.
Sheriff: 9 Hari Tayangan, Kaut RM28 Juta! Siap Ada Yang Repeat, Tak Bosan Tonton Beberapa Kali
Cayalah Sheriff!
Sarah Yasmine Tetap Sudi Kahwin Aliff Aziz
Siapa Sarah Yasmine? Betul ke dia merupakan kekasih gelap pelakon dan penyanyi Alif Aziz?
Sarah Yasmine Dedah Nama Skandal Aliff Aziz Yang Lain??| Motif Trending
So, selama ni boyfriend Ruhainies yang tanggung semuanya? So Ruhainies ada 2 boyfriend la eh? Ke macam mana ni? Makin panas kisah skandal Aliff Aziz dan kekasih gelapnya, Sarah Yasmine ni. Ish pening lah! Jom layan dulu full interview sekarang.
GMW: Lancang Bethol
Eksklusif di semua platform Astro Gempak
#GMW: Lancang Bethol
#LancangBethol
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW: Lancang Bethol
Eksklusif di semua platform Astro Gempak
#GMW: Lancang Bethol
#LancangBethol
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Netizen Lega Sarah Yasmine Tak Kenal Nadhir Nasar - “Alhamdulillah Nadhir Clean"
Pendedahan yang dibuat Sarah Yasmine baru-baru ini mengejutkan ramai pihak.
“Nafkah Anak Tak Bagi Walaupun RM350, Dengan Alasan Sebab Ex Dah Kahwin” - Ubai
Suami kepada Shila Amzah, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai berkongsi satu hantaran mengenai nafkah anak di platform X.
“Aliff Suka Plan Date Dekat…” Individu Tanpa Nama Ini Dedah Lokasi Kegemaran Aliff Aziz Jika Mahu Berdating
Terbaharu, seorang individu tanpa nama tampil mendedahkan lokasi kegemaran Aliff Aziz apabila mahu ‘berdating’ dengan skandalnya.
Lelaki Selamba Bawa 10 Ekor Anaconda Dalam Beg Dari Thailand Ke India
Tanpa rasa takut, seorang lelaki membawa 10 ekor ular jenis Anaconda dalam beg yang dibawa naik ke pesawat sewaktu ‘terbang’ dari Bangkok, Thailand dan selamat mendarat di Bengaluru, India.
Bapa Ditangkap Curi Sekotak Susu Demi Anak Menangis Kelaparan, Kedai Beri 13 Yang Baru!
Demi anak yang kelaparan, seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencuri sekotak susu.