Viral

Influencer Bukan Sekadar Hiburan, Tapi Kena Main Peranan Untuk Bantu Masyarakat!

gempak
Amri Hassan
08/02/2025
16:11 MYT
Sponsor Banner
Influencer Bukan Sekadar Hiburan, Tapi Kena Main Peranan Untuk Bantu Masyarakat!
Dalam dunia media sosial yang semakin berkembang, selebriti dan pempengaruh (influencer) ada kuasa besar yang bukan sekadar untuk hiburan atau komersial. Mereka juga boleh guna platform masing-masing untuk menyebarkan nilai positif dan bantu masyarakat, terutamanya golongan yang memerlukan!

BERITA TRENDING: Influencer Malaysia Hilang Di Hutan Bandung Ditemui Lemah, Terbaring

BERITA TRENDING: Viral Dengan Content Suasana Kampung, Pempengaruh, Nazirul Hakim Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ASIA, Dato' Abd. Rahman Soltan, pengaruh yang dimiliki oleh mereka ini sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan kebajikan dan meningkatkan kesedaran sosial.
"Pempengaruh ada kuasa untuk ubah perspektif masyarakat. Dengan satu post atau video, mereka boleh sebarkan mesej positif dan galakkan orang ramai untuk lebih cakna tentang isu kemanusiaan," katanya.

Pempengaruh Bantu Golongan Memerlukan

Melalui program kebajikan yang dianjurkan ASIA, Dato' Abd. Rahman percaya bahawa usaha seperti ini bukan sahaja membawa kegembiraan kepada penerima sumbangan, tetapi menguatkan lagi hubungan antara pempengaruh dan masyarakat.
"Bila mereka terlibat secara langsung dalam program amal, mereka bukan saja membantu dari segi sumbangan material, tapi juga membina rasa empati dan kasih sayang dalam masyarakat," tambahnya.
Selain itu, pempengaruh juga berperanan dalam mengubah persepsi terhadap media sosial, menjadikannya sebagai platform yang lebih bermanfaat berbanding sekadar hiburan atau trend viral.
"Kita nak tunjuk bahawa media sosial boleh jadi satu medium yang membentuk masyarakat yang lebih peka dan bertanggungjawab, bukannya sekadar tempat untuk konten kosong tanpa manfaat," ujarnya lagi.

Selebriti & Influencer Turut Sama Turun Padang!

Dato' Abd. Rahman berkata demikian ketika ditemui di majlis penyerahan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan OKU Mesra baru-baru ini.
Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon dan penyanyi Harissa Adlynn, serta 13 pempengaruh popular yang turut menyampaikan sumbangan kepada dua rumah kebajikan.

BERITA TRENDING: "Saya Jual Kopi Tanpa Bancuh, Bukan Jual Tubuh" - Bulan Pernah Diajak Ke Ranjang Gara-Gara Pakai Seksi

Menurutnya lagi, usaha ini akan diteruskan dengan melibatkan lebih banyak rumah kebajikan secara berkala di seluruh negara.
"Dengan kerjasama pempengaruh, lebih banyak program kebajikan boleh dilakukan. Ini bukan sekadar beri bantuan, tapi juga mendidik masyarakat supaya lebih prihatin dan cakna terhadap mereka yang kurang bernasib baik."
Tambahnya, kerjasama antara pempengaruh dan organisasi kebajikan bukan sahaja membantu dari segi sumbangan, tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang isu sosial yang sering diabaikan.
"Saya berharap lebih ramai pempengaruh akan tampil memainkan peranan dan bukan hanya fokus kepada hiburan semata-mata. Kita boleh ubah budaya media sosial ke arah yang lebih baik!"
Bukan Sekadar Kebajikan, Tapi Juga Pengiktirafan Selain program amal, ASIA turut anjurkan pelbagai aktiviti melibatkan pempengaruh dan selebriti, termasuk kejohanan e-sukan, pertunjukan fesyen, serta anugerah khas untuk pempengaruh terbaik dari lebih sembilan negara!
Jelas bahawa pempengaruh kini bukan sekadar trend, tapi mereka juga ada peranan besar dalam membentuk masyarakat yang lebih peduli dan bertanggungjawab!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024