Laman Utama
Ingatkan Tunang, Rupa-Rupanya Farawahida Selamat Bernikah Kali Kedua
Dengan sekali lafaz, penyanyi Farawahida telah selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang dikenali sebagai Zulkifli.
Penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu itu turut berkongsi wajah sebenar lelaki di sebalik foto pertunangan yang tular sejak pagi Jumaat.
BACA: Farawahida Bertunang?
Majlis yang berlangsung di Taiping, Perak itu difahamkan hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat penyanyi itu.
"Alhamdullilah, hari ni saya sah bergelar isteri kepada Zulkifli dengan sekali lafaz di Masjid Daerah Taiping.
"Mohon kawan-kawan yang saya kasihi, doakan semoga kebahagian ini sampai hingga ke jannah," tulisnya.
Farawahida pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Shukor Mohd Zain pada 16 Disember 2013.
Namun, sekitar tahun 2017 penyanyi itu dikhabarkan telah bercerai apabila tidak lagi memuat naik gambar bersama suami.
Sepanjang perkahwinan, pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.
Must-Watch Video