KELUANG MAN
Ini Antara Kolaborasi Mantap Keluang Man & Jenama Terkenal Di Malaysia, Rugi Kalau Tak Rebut!
Kemunculan filem blockbuster adiwira Keluang Man pada Mei depan ternyata membuatkan penonton berasa tidak sabar.
Bagi menyemarakkan lagi tayangan filem aksi superhero ikonik negara yang dilakonkan oleh Nas Muammar Zar ini, pelbagai kolaborasi kreatif telah dirancang khas buat peminat.

Berikut merupakan kolaborasi Keluang Man:
#WONDA Kopi KluangWONDA Kopi Kluang diperkaya dengan rasa kopi tempatan bersama Tongkat Ali, kopi ini
melambangkan kekuatan superhero Malaysia dan mendorong peminat kopi menemui semangat
wira dalam diri mereka.
WONDA Kopi Kluang ini tampil dengan pek edisi terhad yang dihiasi dengan lima watak ikonik dari dunia Keluang Man, seperti Keluang Man, Ahmad, Shamsir, Dr. Malini dan BeBe.
Pek edisi terhad ini boleh didapati di kedai terpilih seperti 7-Eleven, myNEWS, Shell, Petronas, Family mart, ST Rosyam Mart dan Etika Kedai Rasmi.
Menerusi pek edisi terhad ini juga memberi peluang kepada peminat untuk mendapatkan barangan
eksklusif Keluang Man seperti figura mini karakter utama, payung edisi khas, komik edisi terhad dan
rantai kunci yang boleh didapati di kedai terpilih seperti:
1.7Eleven (rantai kunci) / myNEWS (komik): Beli mana-mana Wonda 240ml sebanyak RM10
2.Shell (figura aksi): Beli mana-mana Wonda 240ml sebanyak RM15.
3.Petronas (Payung Keluang Man): Beli mana-mana Wonda 240ml sebanyak RM30. Promosi dari sekarang hingga 30 Jun.
#Wonda-ful Keluang Man burger


Buat pertama kali dalam filem tempatan, Keluang Man memperkenalkan burger eksklusif bertemakan watak ikonik ini yang dinamakan, ‘Wonda-ful Keluang Man burger’.
Kolaborasi strategik antara Keluang Man, Kopi WONDA dan myBurgerLab ini meraikan keunikan adiwira tempatan dalam bentuk sajian menarik.
Burger ini menampilkan roti maroon khas bersama sos istimewa yang diadun dengan Kopi WONDA, diinspirasikan daripada sut Keluang Man.
Burger ini boleh didapati di semua cawangan myBurgerLab pada harga RM20 atau dalam set lengkap bersama kentang goreng dan Wonda milkshake pada harga RM41.90.
#Keluang Man WONDA Fun Run
Lari bersama Keluang Man dan barisan selebriti! Bagi menambahkan lagi keterujaan tayangan filem ini.
Peminat boleh menyertai Keluang Man WONDA Fun Run pada 18 Mei di Menara DBKL, Kuala Lumpur.
Larian sejauh 5 kilometer ini bakal bermula seawal 5.00 pagi dan dijayakan sempena program Car Free Morning anjuran DBKL.
Menariknya, peserta larian boleh tampil dengan gaya tersendiri bertemakan Keluang Man. 1,000 peserta terawal yang berdaftar akan menerima jersi eksklusif Keluang Man secara percuma!
Daftar segera di www.keluangman.com dari 23 April hingga 2 Mei.
#Koleksi Premium Keluang Man Oleh Royal Selangor
Koleksi eksklusif ini menampilkan figurin miniatur dan pin ekslusif edisi terhad yang direka serta
dihasilkan oleh tukang piuter mahir Royal Selangor.
Figurin dirakam dalam gerakan gaya ‘bersilat’ dan ia dikeluarkan sebanyak 30 unit sahaja, beserta sijil dan nombor individu.
Manakala, pin lapel piuter Keluang Man menampilkan lambang ikoniknya sebagai penghormatan berani kepada wira rakyat Malaysia yang membanteras jenayah di bawah lindungan malam.
Tersedia dalam kemasan satin dengan edisi terhad 100 unit dalam kemasan bersalut emas 24K.
#Keluang Man dan Fung Keong


Keluang Man bersama jenama kasut ikonik tempatan sejak 1939, Fung Keong memperkenalkan
koleksi kasut edisi khas, ‘FK Sneakers’.
Koleksi ini diinspirasikan daripada sut ikonik Keluang Man, menampilkan gabungan rekaan retro klasik. Dapatkannya di outlet terpilih Fung Keong bermula Mei ini.
#Keluang Man dan Abstrax


Jenama lokal terkenal Abstrax memperkenalkan jersi eksklusif Keluang Man, direka khas dengan
gaya dan karakter Keluang Man.
Dihasilkan dengan penuh perincian dan kualiti premium, jersi ini boleh didapati di outlet terpilih Abstrax.
Filem Keluang Man merupakan teribitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan
rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Sementara menantikan tayangan filem Keluang Man di pawagam, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.
Must-Watch Video