Pelawak dan ahli perniagaan Shuib Sepahtu berkongsi sebuah buku biodata yang pernah dimilikinya sewaktu zaman persekolahan.

Menerusi laman sosial Instagram, Shuib memuat naik sekeping foto biodatanya untuk tatapan umum.

“Ini barang rare! Tipulah kalau kat sekolah dulu tak pernah buat biodata sendiri kan? Ni biodata masa tingkatan 1. Silakan komen apa yang korang nampak dekat biodata ni,” tulis Shuib menerusi ruangan kapsyen.

Ini barang rare!!!! Tipu lah dulu kt sekolah klu tak penah buat BIODATA sendiri kan???? ... Ni biodata masa Tingkatan 1 (1997) ... Silakan komen dr ape yg korang nmpk dkt biodata ni ? . . . #rare #SKJB #SMSrikurau #SMTKerian #1984

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Menerusi perkongsian itu lagi, tertera maklumat diri Shuib seperti alamat rumah, tarikh lahir, cita-cita serta zodiak kelahiran.

Namun apa yang menarik perhatian rakan selebriti dan wargamaya adalah ucapan yang disampaikan di penghujung biodata iaitu ‘walaupun hidup brutal/blues/ganas/berjaya/tapi jangan lupa Allah’.

“Tapi jangan lupa Allah thumbs up. Tulisan yang kemas dan kreatif, menunjukkan keperibadian Shuib. Terbaik,” puji penyanyi Anuar Zain.

“Okay la,nak puji satu, suka part jangan lupa Allah tu. susah senang, pegang tu,” kata isterinya Siti Sarah.



“FALSAMPAH,” komen penyanyi Shafiq Farhain.

“Hahaha tempat lahir dia tulis atas bumi,” komen seorang wargamaya.

“Tak lengkap ni Shuib, makanan dengan minuman kegemaran mana?” tanya seorang wargamaya.

“Cantiknya tulisan Shuib! Teratur je satu-satu,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, biodata Shuib tersebut telah menerima hampir 22,000 tanda suka daripada warga Instagram.