Lakonan pelakon Mira Filzah di dalam epsiod pertama The Maid semalam telah mendapat pelbagai reaksi daripada penonton terutama sikap dan aksi mengada-ngada atau gediknya.

Menerusi satu entri InstaStory di Instagram salah seorang penonton drama tersebut, aksi manja Mira itu dilihat berlebihan dan lucu.

“Gedik dia tak boleh bawa bincang sey, lain macam!” tulisnya.

Menerusi entri itu netizen itu memuat naik foto Mira ketika The Maid sedang ditayangkan di televisyen.

Entri tersebut telah dimuat naik semula atau repost oleh suami Mira iaitu Wan Emir Astar ke InstaStory IGnya yang turut akui terpaksa berdepan dengan perangai isterinya sendiri di rumah.

“Ini baru lakonan, realitinya…siapa kene menghadap tiap-tiap hari…(emoji angkat tangan),” tulisnya.

Mira turut lakukan repost posting yang sama dengan menambah emoji hati tanda cinta.

Semalam, The Maid telah menjadi trending di Twitter dan mendapat respon yang sangat baik dari penonton.



The Maid merupakan siri original Gempak terbaharu yang ditayangkan setiap hari Rabu jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).

Bagi yang terlepas, drama ini juga boleh distrim menerusi On Demand bagi pilihan yang lebih fleksibel. Setiap episod baru boleh mula ditonton di platform ini pada hari yang sama bermula jam 10 malam.

Manakala, platform Gempak turut menayangkan 5 minit pertama drama bermula 10 malam, dan diikuti dengan video pengakuan eksklusif The Maid hanya di seluruh platform Astro Gempak. Jadi ikuti Gempak sebagai portal rasmi akan membawakan video-video eksklusif menerusi gempak.com.

Karya yang mendapat sentuhan daripada pengarah filem pecah panggung ‘Bikers Kental’, iaitu Helmi Yusof dan terbitan oleh Michael Ang itu akan bersiaran selama setengah jam sebanyak 10 episod.

Selain Mira Filzah, The Maid turut dibintangi pelakon hebat seperti Norman Hakim, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Norman Hakim, Ieda Moin, Nadya Shahera, Zarina Zainoordin, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham, dan pelakon baru semakin meningkat naik, Siti Khadijah.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go, On Demand dan juga www.gempak.com