Laman Utama
“Ini Baru Next Level!” - Pasangan Pengantin Buat Majlis Kahwin Bertemakan Kedai Kopitiam
Sepasang pengantin dari Singapura mengundang perhatian netizen apabila majlis perkahwinan mereka bertemakan kedai Kopitiam.
Menerusi video TikTok yang dikongsikan oleh @purtyboys, dapat dilihat tetamu-tetamu yang datang ke perkahwinan dihidangkan makanan yang berkait dengan Kopitiam seperti roti bakar, telur separuh masak dan kopi.
Selain itu, pasangan pengantin berkenaan juga tidak melepaskan peluang menyajikan makanan bagi menghidupkan lagi suasana ala-ala kedai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif dengan menyifatkan perkahwinan itu sebagai sesuatu yang sangat unik di samping mengucapkan tahniah untuk pasangan mempelai.
Antara komen yang diterima:
“Wow! Kreatifnya,”
“Tahniah untuk pasangan pengantin,”
“So sweet, congrats,”
“Fuyoh, ini baru next level.”
Sekadar info, video tersebut telah mendapat 10,000 tanda suka dan lebih daripada 200,000 tontonan.
Must-Watch Video