Laman Utama

"Ini Bukan Kali Pertama, Dia Macam Adik Saya ..." - Beto Kusyairy

gempak
Shahrin Zulkifle
01/11/2022
07:00 MYT
Sponsor Banner
"Ini Bukan Kali Pertama, Dia Macam Adik Saya ..." - Beto Kusyairy
Pelakon Beto Kusyairy akui mudah dan tidak berdepan banyak masalah ketika digandingkan sekali lagi bersama aktres Nabila Huda menerusi filem terbaharu lakonan mereka berjudul Halimun.
Jelas Beto, 42, dia tidak sekali berasa kekok untuk berlakon sama selain sudah menganggap anak kepada penyanyi rock terkenal itu sebagai adiknya.
“Ini bukan pertama kali saya berlakon dengan Nabila, saya dah anggap dia macam adik saya sendiri.
“Mudah sangat untuk filem ini bila digandingkan, senang gila. Kami berdua pula berjiran, duduk dekat-dekat. Suami dia dan saya memang rapat. Kami memang dah tak rasa segan langsung,” katanya kepada Gempak.
Beto ditemui pada malam gala tayangan filem Halimun yang bertempat di GSC Cinema, 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Selain Beto dan Nabila, filem terbitan Azura Pictures itu turut membariskan pelakon tanah air lain seperti Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim dan Puteri Balqis.

Sinopsis

Zahir bertemu dengan Laila ketika sebuah insiden yang tidak dijangka. Tidak lama kemudian Zahir berkahwin dengan Laila tanpa mengetahui latar belakang Laila. Setelah berkahwin, Zahir mengalami beberapa peristiwa aneh dan membuatkannya meminta bantuan sahabat lamanya, Adi iaitu seorang penyelesai masalah paranormal. Namun setelah Adi membantu Zahir dan Laila, keadaan menjadi lebih tidak terjangka.
Halimun bakal berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 5 November 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh strim di Astro Go atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro First, Astro Shaw dan Astro First.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024