Bersempena dengan Anugerah Podcast SYOK 2023, semua rakyat Malaysia boleh mengundi podcast kegemaran mereka mulai sekarang hingga 4 Disember 2023, di laman web SYOK.

Para peminat boleh memilih podcast kegemaran mereka daripada Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, merentasi empat kategori:

o SYOK Podcast Of The Year

o SYOK Favourite Episode Podcast

o SYOK Favourite Radio Podcast

o SYOK Favourite Celebrity Podcast

Calon-calon telah disenarai pendek berdasarkan keaslian, keunikan, jalan cerita, bilangan pendengar dan kriteria lain yang ditetapkan semasa proses penamaan calon. Pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan pada malam ‘Anugerah Podcast SYOK 2023’ pada 8 Disember 2023.

Selain itu, penghasil podcast juga boleh menghantar podcast mereka untuk kategori SYOK The Best of Independent Podcast, dari sekarang hingga 14 November 2023. 8 podcast teratas daripada kategori ini akan disenarai pendek dan dibuka untuk undian orang ramai mulai 17 November 2023 di laman web SYOK. Pemenang juga akan diumumkan pada malam anugerah tersebut.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web SYOK atau muat turun aplikasi SYOK secara percuma