HIBURAN

“Ini Kedai Dia, Ada Gaji Setiap Bulan” - Shuib Akui Didik Anak Sejak Kecil Dalam Dunia Perniagaan

Ainun Md Zooki 21/04/2025 | 16:00 MYT
Usahawan dan pelawak, Shuib berkongsi anaknya, Ariq Matin telah dilantik untuk menjadi duta jenama restorannya iaitu Nasi Bangkit Bakar pada usia lapan tahun.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 41, pelantikan tersebut merupakan langkah awal untuk dia mendidik anaknya agar lebih serius dalam bidang perniagaan serta mengasah minat Matin terhadap dunia masakan.

“Mula-mula dia malu, jenuh juga saya mahu mengajar beraksi depan video, tapi sekarang saya lihat kemajuan dia mahu belajar dan rasa tanggungjawab.

Saya pesan, ini kedai dia, dia ada gaji setiap bulan dan semua ini bukan percuma. Dia juga memang suka masak dan pegang alatan dapur.

“Sebagai bapa itu tanggungjawab saya serta ibunya dalam membentuk anak-anak. Saya suka proses ini. Saya nampak anak minat sesuatu perkara, kita akan cuba bantu dapat apa yang ingin dicapai.

“Jadi atau tidak, itu belakang cerita asalkan dia melalui zaman kecil dengan bermanfaat dan baik untuk masa depan,” katanya kepada Gempak.

Shuib berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pembukaan Nasi Bangkit, Kompleks Permaisuri Q, Bandar Permaisuri Cheras, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pengalaman bergelar duta pada usia lapan tahun, Matin gembira dapat menimba ilmu pemasaran selain berhasrat membina masjid.

“Saya gembira ada kedai sendiri, dapat pengalaman baru belajar berniaga. Ya saya suka berniaga sebab boleh dapat duit.

“Kalau sudah ada banyak duit, daddy cakap ‘beli’ masjid. Sebab agama kita,” katanya malu-malu.

Nasi Bakar Bangkit merupakan makanan yang dicipta Shuib dan pasukannya menampilkan keunikan nasi yang dibakar dalam balutan daun pisang.

Restoran pertama jenama berkenaan kini beroperasi di Kompleks Permaisuri Q, Bandar Permaisuri Cheras sejak bulan lalu.

BERITA BERKAITAN: Shuib Lega Hutang Puluhan Juta Dapat Diselesaikan Dalam Masa Dua Bulan - “Alhamudlillah Semakin Berkurang”

BERITA BERAKITAN: “19 Tahun Yang Luar Biasa” – Shuib Kenang Persahabatan Dengan Mamat, Doa Sampai Ke Syurga

BERITA BERKAITAN: Tunai Umrah, Shuib & Watie Doa Nak Dapat Zuriat - "Kami Ada Perancangan Untuk Ada Baby Baru Sebab ..."

BERITA BERKAITAN: Tunai Umrah, Mamat & Isteri Doa Dikurnia Zuriat - "Dulu Pernah Ada Niat Nak Nikah Di Makkah, Sekarang Dapat Bulan Madu..."

#Shuib #Perniagaan #Didik #Kedai #Ariq Matin