Berita
“Ini Realiti Kehidupan, Ada Pahit Ada Manis…”_ Bekas Isteri PU Abu
Isteri kepada bekas PU Abu Sufyan, Hana Azra akui kehidupannya penuh dengan ujian meskipun ada suka dan duka.
Menurut Hana kegagalan dalam hidupnya tidak mematahkan semangat untuk berjaya dalam hidup.
“Sejujurnya, inilah realiti kehidupan. Ada pahit ada manis. Ada bahagia dan ada duka. Kehidupan dunia. Hidup Hana ni boleh dikatakan kehidupan yang dipenuhi dengan ujian. Allah sentiasa menguji diri ni.
“Beruntung sangat bagi yang berjaya lalui ujian kehidupan. Hana yakin, setiap daripada kita dah tentu pernah gagal. Dan bagaimana kita bangkit daripada kegagalan tersebut? Tu lah satu kejayaan yang akan kita kenang sentiasa di sepanjang hidup kita. Kan?
“Bagi Hana, kegagalan bukan bermakna kita tidak mencapai apa-apa, sebaliknya kita dah mempelajari sesuatu dan kita hanya tidak tahu beberapa perkara je lagi.
“Kegagalan dalam kehidupan tu jugak bermakna kita perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya dan yang paling penting, kita berusaha bersungguh-sungguh. Dari kegagalan jugalah memperlihatkan tentang kesilapan yang telah kita lakukan sebelum ini. Setuju tak?,” tulisnya .
Hana berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Hana memuat naik fotonya sedang tersenyum
Hana turut menambah kesilapan yang berlaku dalam hidup mengajarnya apa erti sebenar kehidupan.
“Ya, kesilapan adalah realiti dalam kehidupan. Kesilapan mengajar Hana tentang semua benda yang perlu Hana pelajari selepas tu. Kesilapan sebagai bukti kita telah mencuba membuat sesuatu perkara, malah kesilapan juga mungkin menjadi perkara yang paling penting bagi menjamin kejayaan yang tak ternilai selepas ni.
“Yang penting adalah tindak balas kita terhadap kesilapan tu. Macam mana kita react dengan kegagalan tu? Positive? Negative?
“Gagal sekali bukan bermakna gagal buat selama-lamanya. Kegagalan Hana, Hana jadikan penanda aras bahawa aku patut berusaha lebih gigih untuk mencapai segala apa yang aku nak. Demi anak anak!
“Kegagalan juga adalah satu peluang untuk kita mencuba lagi sehingga kita berjaya. Sekali gagal, tidak bermakna kita telah tewas. Kita hanya tewas bila kita berputus asa.
“Sekiranya kita mengalami kegagalan lebih awal, sekurang-kurangnya kegagalan yang berikutnya tak lagi akan menyakitkan. Maksudnya tak lagi meninggalkan kesan luka yang lebih dalam.
.
“Senang cerita kalau kita fokus pada masalah, akan banyak lagi masaalah yang akan datang. Tapi, cuba kali ni kita fokus pada kejayaan, kebahagiaan. In shaa Allah semuanya akan jadi lebih baik, tenang & bahagia. Allah beri seperti apa yang kita sangka. Semoga Allah kurniakan kehidupan yang lebih baik buat kita semua, Allahumma Aamin,” katanya panjang lebar.
Hana pada awal bulan ini memberitahu dia dan PU Abu sudah berpisah dan bukan lagi suami isteri.
Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari.
Sebelum itu, PU Abu pernah mendirikan rumah tangga bersama Ain 'Afini namun hubungan mereka terlerai pada 16 Mei 2019 apabila jatuhnya talak antara mereka.
Hana juga pernah mendirikan rumah tangga sebelum perkahwinan bersama Abu. Menerusi perkahwinan pertamanya itu, dia dikurniakan seorang anak perempuan, Afifah Aisyah yang kini berusia empat tahun.
Must-Watch Video