Skip to main content

Hiburan

Syifa Melvin Simpati Dengan Nasib Yang Menimpa Syida Melvin - “Kesian Adikku, Tak Sangka…”

ASTROGEMPAK SyifaSyida

Sekilas

  • Pelakon dan usahawan Syida Melvin mendedahkan dia menghadapi masalah kewangan yang melibatkan syarikat atas namanya, dipercayai berpunca daripada suaminya, Shafiq Azim Shaheen.
  • Ibu Syida, Robiah Rahman, berkongsi video memberi kata-kata semangat untuk anaknya terus kuat menghadapi dugaan tersebut.
  • Syida telah memfailkan perceraian pada Disember tahun lalu dan prosiding perceraian mereka bermula pada 2 April di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Susulan pendedahan pelakon dan usahawan Syida Melvin mengenai suaminya yang didakwa menimbulkan masalah terhadap dirinya mendapat pelbagai respons wargamaya. 

 

Ibu Syida iaitu Robiah Rahman turut memuat naik video yang memberi kata-kata semangat buat anaknya untuk terus kuat menghadapi dugaan. 

 

Dalam pada itu, pempengaruh Syifa Melvin yang juga kakak kepada Syida turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa adiknya itu. 

 

“Kesian adikku, tak sangka nasib dia nak jadi lagu ni (macam ini). Thank you ibu for your semangat, doakan kami selalu, rapat rapit sampai syurga,” tulisnya ringkas. 

 

Terdahulu, Syida menerusi Instastory mendedahkan dia kini berdepan masalah kewangan yang melibatkan syarikat atas namanya. 

 

Syida mendakwa masalah yang dihadapi itu berpunca daripada suaminya iaitu Shafiq Azim Shaheen. 

 

Untuk rekod, Syida dilaporkan sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Disember tahun lalu selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. 

 

Sebutan pertama untuk prosiding perceraian mereka yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor berlangsung pada 2 April lalu.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Advertisement