Laman Utama

Ini Rupa-Rupanya Makanan Yang Jadi Punca Influencer Thailand Tersedak, Koma & Meninggal Dunia!

gempak
Amri Hassan
13/06/2022
05:40 MYT
Sponsor Banner
Ini Rupa-Rupanya Makanan Yang Jadi Punca Influencer Thailand Tersedak, Koma & Meninggal Dunia!
Pempengaruh Thailand, Arisara Karbdecho meninggal dunia pada 6 Jun lalu selepas dua bulan koma akibat tersedak makanan.
Memetik laporan Asia One, Arisara atau popular dipanggil Alice, 27, telah tersedak ketika sedang memakan sate khinzir dan pulut.
Alice kemudiannya dikejarkan ke hospital apabila mengalami kesukaran bernafas namun hakikatnya sudah terlambat.
Makanan itu telah menutup saluran pernafasannya hingga menghalang aliran oksigen dan mengakibatkan kerosakan pada saraf otak hingga menyebabkannya koma.
Kata ibu kepada Alice, mendiang anaknya itu telalu sibuk dengan kerjayanya hingga tiada waktu untuk berehat. Ketika kejadian itu, dia sedang menjamu selera dengan terburu-buru sehingga menyebabkan makanan itu tersangkut di saluran pernafasannya.
Justeru, ibunya mengingatkan golongan muda agar tidak gila bekerja dan sentiasa menitikberatkan penjagaan kesihatan diri, makan dengan teratur dan berehat secukupnya.
Untuk rekod, Alice punyai pengikut seramai 1.5 juta di Instagram dan popular dengan imej cosplay.
Alice juga pernah menuai kontroversi dengan pengalaman diet melampau dan senaman ekstrem hingga membuatkan berat badannya turun sebanyak 7 kilogram dalam tempoh 22 hari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024