Bangkai seekor lembu ditemui tersangkut di atas pokok setinggi 9.5 meter atau 20 kaki susulan banjir besar yang melanda di wilayah Selatan Thailand baru-baru ini.

Kejadian yang menggemparkan ini dikatakan berlaku di Raman, Yala.

Menerusi video berdurasi 52 saat yang dimuat naik di media sosial, kelihatan lembu yang sudah tidak bernyawa itu tersepit di antara dahan pokok.

Berita Trending: Setia Bersama Walaupun Isteri Sudah ‘Lupa’ Pernah Bernikah Dengan Suami Sendiri, Netizen Kongsi Rasa Sebak – “Thank You Sebab Tunjuk Lelaki Setia Masih Wujud”

Melihat kepada ketinggian bangkai lembu yang tersangkut itu, jelas menunjukkan bahawa keadaan paras air banjir yang melanda kawasan berkenaan kali ini agak teruk.

Setakat artikel ini ditulis, video yang dimuat naik di platform TikTok ini telah menerima sebanyak 264 ribu tontonan.

Sumber: Platform X