,
Viral

Setia Bersama Walaupun Isteri Sudah ‘Lupa’ Pernah Bernikah Dengan Suami Sendiri, Netizen Kongsi Rasa Sebak – “Thank You Sebab Tunjuk Lelaki Setia Masih Wujud”

Gempak
05/01/2024
00:55 MYT
Sepasang suami isteri ini meraih perhatian wargamaya selepas tular video yang memaparkan kegigihan si suami menjaga dan menguruskan isteri tersayang yang tidak mampu berjalan dan hilang daya penglihatan akibat jangkitan kuman pada otak dua tahun lalu.
Lebih menyedihkan, isterinya juga mengalami masalah daya ingatan dengan kebanyakan memori tersimpan pada minda adalah kenangan pada 2018. Malah, menerusi salah satu video yang dikongsi juga menunjukkan isterinya sudah lupa yang dia pernah berkahwin dengan suaminya.
@asdinaarffin Hilang semua memori perkahwinan kami ... #fighter #wife #WAFT #motivasi #keepstrong #xybca #angel #bidadarisyurga #life #prayforsyamimi #keajaibanuntuksyamimi #husbandwife ♬ оригинальный звук - ?️Anyalove❤️
Menerusi laporan Harian Metro, Asdina Arffin, 32, berkongsi bahawa isterinya, Noor Syamimi Rohim, 33 sebelum ini seorang yang aktif dan jarang sakit, namun kehidupannya berubah sepenuhnya selepas dijangkiti kuman dan memerlukan bantuan untuk menguruskan diri setiap hari.
Menjengah ke ruangan komen video tersebut di TikTok, sifatnya yang bertanggungjawab dalam menjaga isteri mendapat sokongan dan pujian daripada kalangan netizen sehingga ada yang mengatakan Asdina telah membuktikan bahawa suami yang setia masih wujud.
“Aku tak percaya ada lelaki setia tapi adik buat sis buka mata dan pintu hati... masih ada lelaki setia. Sis doa semoga adik tabah dan bahagia ke Jannah.”
“I ingat lelaki macam ni dah pupus...setia dengan isteri walaupun sakit. Thank you sebab tunjuk lelaki setia masih wujud.”

Berita Trending: Kenali Nazrah, Wanita ‘Unik’ Bersuara Lelaki

Sekadar info, setakat artikel ini ditulis video ini telah mendapat sebanyak 116.6 ribu tanda suka dan 2.9 juta tontonan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Hiburan

“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback

gempak
20/11/2024
03:55 MYT
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Unitar