Mungkin ramai yang sudah menonton filem pertama terbitan Datuk Awie menerusi Rumah Produksi Merah berjudul 10 Tips Tipu Bini ini kan?
Ada penonton yang dah menonton filem ini berkali-kali di Astro First tapi masih ketawa kerana melihatkan gelagat tiga orang suami baru nak up!
Sanggup meredah beribu batu untuk menuntut ilmu menipu bini dengan Brother Love (Awie), sudahlah begitu kena bayar yuran pulak lagi.
Memang pecah perut sebab masing-masing nampak hebat di pejabat tapi di rumah takut dengan isteri masing-masing.
Ada beberapa trivia yang Gempak nak kongsikan tentang 10 Tips Tipu Bini.
1) Datuk Awie menganggap Januari 2021 sebagai tahun pembukaan yang memberi rezeki berganda kepada beliau. 2 in 1 filem dan anak sama-sama ‘keluar’ pada bulan Januari!
2) Elizabeth Tan yang nampak macam ‘tahan lasak’ rupa-rupanya takut nak menunggang motosikal berkuasa tinggi!
3) Dua pendatang baru dalam filem ini iaitu Monica Picca dan Amy Nur Tinie, kedua-duanya merupakan model catwalk! Fuhhhh!
4) Vicha sebenarnya rimas dengan rambut palsu yang dipakai dalam filem ini sebab berat dan gara-gara rambut palsu itu juga, Vicha merupakan pelakon paling lama yang perlu disiapkan make-up artis.
5) Ropie sakit tekak, kalau perasan dalam filem ni suara Ropie dah macam rockers, serak-serak basah!
6) Idea Datuk Awie untuk menerbitkan filem ini tercetus daripada topik tipu bini ketika sedang lepak di kedai kopi. Ehem! Throwback zaman nakal masing-masing ke tu?
7) Penggambaran filem ini melibatkan tiga buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang dan dijalankan ketika seluruh negara sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
8) Walaupun terpaksa patuh SOP, penggambaran berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan on-time!
9) Joey kata walaupun pasangan skandalnya dalam filem seorang ratu cantik Malaysia, isterinya Watie tetap cantik di mata dan hatinya! Cheeeewah!
10) Azizi Chunk Adnan dan Datuk Awie sempat bergurau dan mengusik ketika berucap di majlis pelancaran 10 Tips Tipu Bini. Dua-dua mengaku pernah ‘nakal’! Ooops!
11) Ada yang kata gelaran Dubuk Liar memang sesuai diberikan kepada spesis suami curang! Sesuailah!
Tunggu apa lagi, kalau tak ada buat apa-apa di rumah ‘musim’ PKP ni, langganlah 10 Tips Tipu Bini! Dengan RM15 anda boleh tonton 10 Tips Tipu Bini secara berulang-ulang selama 72 jam bersama seisi keluaga.
Filem berdurasi 104 minit ini adalah mengenai tiga sahabat baik iaitu Raffi (lakonan Ropie), Kay (Khir Rahman) dan Jepp (Joey Daud) yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di agensi pengikanan Grand Poyo Advertising & Events milik Datuk Dean (Azlee Senario).
Walaupun memiliki kerjaya hebat, apabila di rumah masing-masing takut dengan isteri.
Mereka juga mempunyai kelab motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson diberi nama Dubuk Liar. Namun, dalam masa sama mereka turut mengalami krisis pertengahan usia yang sering dialami segelintir lelaki di mana mempunyai niat untuk melakukan sesuatu tetapi takut-takut.
Semuanya berubah dengan kehadiran tiga gadis cantik yang menjalani latihan praktikal di syarikat tempat mereka bekerja.
Dari situ, Raffi, Kay dan Jepp mula memasang niat nakal untuk memikat tiga gadis itu untuk dijadikan kekasih masing-masing.
Namun, masalah terbesar mereka ialah untuk 'menipu' isteri masing-masing. Pelbagai taktik digunakan antaranya 10 tips yang diperoleh daripada pakar cinta iaitu Brother Love lakonan Awie.
Fiza Kamarudin
Sat Jan 23 2021


Khai Bahar Teruja Dengan Suara Aina Abdul | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Bukan Khai je terpegun dengan suara Aina Abdul ni, min pun sama. Hahaha. Semoga korang berdua banyak lagi menghasilkan lagu duet bersama. Sumpah best suara diorang!

Yazmin Cikgu Serba Boleh | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Haa, khas utk korang kami bawakan Yazmin Aziz. Memang power laa dia ni. Banyak pula tu bahasa dia boleh cakap haha.

Nafas Cinta - Aina Abdul, Khai Bahar ft. Le'Lagoo Band | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Perghh. Min dah dengar dah kelunakkan suara diorang, so sekarang turn korang pula! Jom layan!

Uncle Nak Jawab SPM Lagi Tahun Depan | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Kitorang memang bagi 100% support untuk uncle. Walaupun uncle dah berumur, tapi semangat tu masih tebal dalam diri uncle. Goodluck Uncle!

#TravelMana: Nak Travel Solo Tapi Takut, Cabar Diri Dengan Enam Destinasi Selamat Ini, Confirm Puas Hati!
Tak cuba, tak tahu!

Khai Bahar Terpegun, Aina Abdul Teruja dan Uncle Nak Jawab SPM Lagi? | Gempak TV S2 - EPS 54 | #EdisiDudukRumah
Khas kami bawakan kepada korang, Aina Abdul dan Khai Bahar. Dengar kata diorang nak buat second duet, betul ke? Uncle jawab SPM lagi? Semuanya dalam Gempak TV!

Jadi Mangsa Kena Tinggal Kekasih, Aidil Maula Mengaku Susah Nak Move On! - "Hati Memang Kecil Tapi..."
Penyanyi baru yang sedang mencipta nama, Aidil Maula akui pernah patah hati dan ditinggalkan suatu ketika dahulu.

Biar Betul, Air Fryer 2 in 1 Ini Keluar Suara Siti Nurhaliza Menyanyi Bila Memasak!
Seronok lah masak ditemani Siti Nurhaliza

Pandai, Bad Boy Atau Mat Skema? 5 Watak Projek: Anchor SPM, Anda Mana Satu?
Korang mana satu?

“Takkanlah Saya Sanggup Membazir Dua Tong Air…” – Shuk Sahar Reda Dituduh Cipta ‘Free Marketing Drama’
Bertabahlah Shuk...