Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

INNOVATHON 2 RECAP: Ini Prototaip Menarik Yang Dipersembahkan Di Ujibakat di Sabah & Sarawak

Umirah Halim
12/06/2024 15:00 MYT
Program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu INNOVATHON kembali lagi untuk musim kedua.

Istimewanya kali ini, program inisiatif oleh Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama dengan Astro ini turut membabitkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, sebagai usaha mempopularkan sains dan teknologi dalam kalangan pelajar, bermula di peringkat sekolah.

Ujibakat Sabah & Sarawak

Ujibakat On The Ground Innovathon 2 telah berlangsung dengan jayanya di Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Antara yang menarik perhatian pada ujibakat di Sabah dan Sarawak minggu lalu termasuk prototaip yang dipersembahkan oleh peserta berkumpulan iaitu Innova dianggotai oleh Pegawai Bomba Sg. Merah, Sibu Sarawak yang membawa prototaip Multi tool fire hydrant (MTFH)

Mereka merupakan pasukan bomba pertama mewakili Sarawak dengan inovasi alatan yang memudahkan pasukan bomba membuka injap dari pili bomba.

Disebabkan faktor muka bumi di sekitar Sarawak yang selalu mendap, corong tanah senang tertimbus & peralatan yang ada tak boleh sampai ke permukaan.

Masalah ini menyebabkan kesukaran mendapat sumber untuk jentera menyalurkan air bagi memberi bantuan kecemasan.

PROTOTAIP (MTHF) ini pelbagai guna dan boleh dijadikan sebagai cangkul, cakar, scoop, umpil tarik besi dah pelbagai lagi.

Kumpulan Inova berhasarat untuk menyertai Innovathon bagi mencari dana / bantuan, supaya prototaip ini mampu digunakan secara menyeluruh di balai-balai bomba Malaysia, jabatan air atau majlis pembandaran secara meluas supaya boleh memberikan manfaat kepada masyarakat.

Selain itu, antarah yang menarik perhatian lagi termasuk prototaip Densified Timber Fire Door yang dibawa oleh professor dan pelajarnya daripada Universiti Malaysia Sabah Dr Liew Kang Chiang.

Prototaip tersebut merupakan hasil kerjasama seorang professor dan pelajarnya daripada Universiti Malaysia Sabah, dalam menghasilakan prototaip pintu rintangan api

Densified Timber Fire Door merupakan sebuah pintu yang diperbuat daripada kayu yang dipanggil kayu mancis (berongga/jarang/ringan) kemudian dimampatkan dengan menggunakan bahan galian yang lain.

Berita Trending: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari

Kayu jenis ini mudah ditanam dan tidak perlu menunggu lama untuk ditebang.

Ia telah diuji ketahanannya, keputusan yang diperolehi sangat memberangsangkan apabila bakar asap yang dikeluarkan sangat kurang dan tidak memudaratkan kesihatan.

Terdahulu, musim pertama INNOVATHON menyaksikan inovasi peranti sensor DNA bagi mengesan virus dan kanser yang dinamakan NACOTS dinobatkan sebagai juara.

Sesi uji bakat di seluruh negara telah bermula dan akan turut singgah di beberapa institusi pengajian tinggi, antaranya Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Musim kedua dijangka mula bersiaran di Astro RIA, November depan.

Cara-cara sertai uji bakat INNOVATHON musim kedua:

1. Secara Online di http://gempak.com.my dari 1 Jun hingga 21 Jun 2024

2. Secara On Ground di Institusi Pengajian Tinggi bermula 1 Jun 2024

Lokasi Ujibakat On Ground:

1 - 2 Jun : Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang & Universiti Malaysia Terengganu

8 & 9 Jun : UMS Kota Kinabalu, Sabah & UNIMAS Kampus Sibu, Sarawak

22, 23 & 24 Jun : Universiti Malaya

;