Berita
“Insha-Allah Tak Lama Lagi, Jika Dah 'Confirmed' Nanti Saya Bagitahu”- Ummi Nazeera Jawab Pasal Hamil
Pelakon Ummi Nazeera tidak meletakan sebarang perancangan untuk menimang cahaya mata, sebaliknya berserah kepada rezeki Allah.
Malah Ummi Nazeera berharap agar dia dan suami Dr. Mohd Izzar Anwari segera menerima orang baru itu dalam rumahtangga mereka.
“Anak insha-Allah tidak lama lagi.
“Jika dah 'confirmed' nanti saya akan bagitahu.
“Saya pasti akan umumkannya nanti.
“Lagipun kami tidak merancang, jadi semua kami berserah pada rezeki.
“Saya juga tidak kisah jika dikurniakan anak dalam masa terdekat,” katanya kepada Astro Gempak
Ummi Nazeera ditemui ketika menjalani penggambaran filem Gol & Gincu Vol. 2 semalam.
Sementara itu, Ummi beritahu dia dan suami kini sudah berpindah ke rumah sendiri dan hanya tinggal berdua.
“Kami sudah berpindah dari rumah keluarga dan sekarang ni menjalani kehidupan berumahtangga berdua sahaja.
“Alhamdulilah dia seorang suami yang baik dan tidak pernah menyakiti saya.
“Meskipun kami berdua sibuk bekerja tapi kami selalu cuba wujudkan masa bersama dengan bercuti dan sebagainya,” katanya lagi.
Ummi dan Izzar bernikah pada 23 Julai 2017 dalam satu majlis tertutup.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Must-Watch Video