VIRAL
Insiden Pelajar Dakwa Dikepung & Ditengking Guru Tarik Perhatian Cikgu Fadli Salleh - “Hanya Kerana Peristiwa Seminit, Terbunuh Jiwa Seorang Murid”
Insiden mengenai seorang murid bernama Lisa yang didakwa dimarahi dan ditengking oleh sekumpulan guru turut menarik perhatian pempengaruh serta aktivis sosial Pertubuhan Kebajikan Dana Kita, Cikgu Mohd Fadli Salleh.
Tindakan tak prosional
Fadli menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya berpendapat tindakan yang dilakukan oleh sekumpulan guru itu sangat tidak professional apabila mereka memanggil murid berkenaan ditempat terbuka untuk dimarahi.“Tular video seorang murid dimarahi beberapa guru di kantin sekolah. Menangis teresak-esak muridnya.
“Dalam video itu, murid ini dipaksa mengaku 'Cikgu tak buat' dan 'jangan menipu, nanti mak awak serang cikgu lagi'.
“Mungkin pernah cikgu kena serang dengan ibu ini asbab anak mengadu sesuatu yang cikgu tak buat sebelum ini. Mungkinlah begitu.
“Ketiga, merakam video murid tanpa kebenaran. Apa lagi video negatif, memalukan, dimarahi, sedang menangis. Kemudian hantar pula kat parent.“Jadi cikgu ambil video sebagai bahan bukti untuk mengatakan dia tidak bersalah. Video kemudian dihantar kepada ibu murid tersebut. Ada beberapa benda yang tidak professional dilakukan sepanjang kejadian. “Pertama sekali, sangat tidak professional memanggil murid ditempat terbuka dan marah serta tengking. “Kedua, bergabung dengan cikgu lain untuk marah anak ini. Orang dewasa beramai-ramai menekan emosi anak kecil usia 9 tahun.
“Tiga perkara yang sangat tidak professional berlaku semasa kejadian. Yang mana tak sepatutnya berlaku,” jelasnya.
Beri kesan pada emosi murid
Menerusi hantaran yang sama, Fadli berkata perkara itu boleh memberikan kesan negatif kepada emosi kanak-kanak terbabit.“Patut panggil murid ke meja guru, jelaskan apa yang betul, apa yang salah. Bukan di tempat umum. Dan tak perlu serang beramai-ramai. Jika ada beberapa guru tak puas hati, seorang demi seorang panggil dan bercakap one by one.
“Impak besar dapat dilihat bila emosi anak ini tercalar teruk. Dia berkata, “Tak apalah cikgu marah. Tapi tangan tu"
“Cara cikgu tunding tangan itu menghiris emosi anak ini. Biadab dan sangat kurang ajar baginya. Dia sangat terkesan bila jari ditunding bertalu-talu atas muka dia.
“Lisa juga dikatakan tidak pergi ke sekolah selama sebulan akibat trauma, takut, malu dan benci dengan perlakuan guru. Dan katanya ibu dia dah uruskan pindah sekolah,” luahnya.“Paling aku sedih, bila anak itu cakap, "Lisa tak suka BM. Sebelum ni suka". “Part ini membunuh minat murid. Yang membunuh minat itu pula datang dari guru sendiri. Ini sangat menyedihkan. Sepatutnya para guru bersungguh-sungguh menarik minat murid dalam subjek yang mereka ajar. Bukan guru jadi punca murid benci subjek itu.
ARTIKEL BERKAITAN:KPM Siasat Kes Tular Guru Didakwa Malukan Murid
ARTIKEL BERKAITAN:Komen Lucah Terhadap Anak Dr Amalina, Pemungut Sawit Didenda
ARTIKEL BERKAITAN:Guru Hantar Pautan Lucah: KPM Tiada Kompromi, Pegang Prinsip ‘You Touch, You Go'
ARTIKEL BERKAITAN:KPM Mansuh Peperiksaan Di Sekolah Untuk Kurang Stres Murid, Rita Rudaini: “Peperiksaan Patut Kekal, Silibus Mengarut Yang Patut Tukar”
ARTIKEL BERKAITAN:Baling Kerusi, Tarik Rambut, Sumbat Kertas Dalam Mulut, Guru Mengaku Salah Didenda RM4,900
Perlu ada pencerahan
Bagaimanapun, kata Fadli perlu ada pencerahan dari pihak guru tentang perkara yang berlaku supaya adil dan tidak mendengar hanya dari sebelah pihak.“Emosi murid rosak teruk. Murid benci pada subjek yang diajar oleh guru itu. Murid hilang semangat untuk ke sekolah.“Apa pun, side guru kita tak dengar lagi. Perlu ada pencerahan dari pihak guru juga. Namun kesimpulan awalnya melalui bukti video itu, beberapa perkara yang tidak professional telah berlaku.
“Tindakan paling tepat parent itu buat adalah dengan menukarkan sekolah anaknya. Itu tindakan tepat. Kalau masih di sekolah sama, trauma itu selamanya takkan hilang.
“Bukan nak manjakan budak. Bukan nak suruh peluk belai waima mereka buat silap. Namun jika salah, tegur dengan baik. Budak tu akal tak sempurna lagi. Baru 9 tahun usia.
“Guru adalah satu profesion pekerjaan yang professional. Kena jaga professionaliti kerjaya kita. Guru-guru juga belajar pedagogi pembelajaran. Bagaimana nak tackle hati murid, bagaimana nak hadapi murid yang malas, yang melawan, yang bermasalah. Gunakan ilmu pedagogi itu dengan betul,” jelasnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Fadli:
Terdahulu, adik kepada pempengaruh media sosial, Nur Sajat iaitu Mustika mencuri perhatian apabila mendakwa anaknya, Lisa dimarahi dan ditengking oleh sekumpulan guru.
Menerusi Instagram (IG), Mustika memuat naik video seorang guru yang memarahi Lisa sambil menuding jari ke arah anaknya itu yang sedang menangis teresak-esak.
Must-Watch Video