Pelakon Polis Evo 3 yang terkenal dengan watak Inspektor Julie iaitu Farali Khan selamat menimang cahaya mata perempuan.

Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Farali menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Memilih nama Zaynab Ashura Khan, Farali memberitahu anak perempuannya itu dilahirkan secara normal.

“Assalammualaikum, 10 Muharram pada hari Asyura, Jumaat, seorang bayi perempuan cantik bernama Zaynab Ashura Khan dilahirkan normal.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa anda,” tulisnya.

A post shared by Farali Khan (@farali_khan)


Hantaran itu juga disertakan dengan foto yang merakamkan Farali sedang memangku anaknya sambil tersenyum.

Bagaimanapun Farali tidak mendedahkan lagi wajah anak perempuannya buat masa ini.

BACA: #PE3: “Jadi Sniper Pun Smart!”- Girl Crush! Ramai Ingat Sofia Jane Rupanya Farali Khan! Lakonan Jadi Inspektor Julie Memang ‘Bad Ass’

Terdahulu, Farali mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang dikenali sebagao Qireen pada 1 September 2022.

Jangan lupa saksikan filem aksi komedi terhebat, Polis Evo 3 yang kini sudah berada di pawagam rumah anda, Astro First dengan harga RM15 untuk 48 jam.