Hiburan

"Institusi Kewangan Disaran Lupus Faedah Terakru Dalam Tempoh Moratorium" - Tengku Zafrul Mahu Bank Negara...

Hanafis Haris
02/05/2020
06:24 MYT
Semua institusi kewangan khususnya yang terlibat dalam moratorium disarankan mempertimbang untuk melupuskan kadar faedah terakru bagi pinjaman sewa beli atau keuntungan bagi pembiayaan Islam berkadar tetap sepanjang tempoh enam bulan skim tersebut.
Perkara itu dicadangkan sendiri oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Menerusi Astro Awani, beliau berkata Kementerian Kewangan sedia untuk bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan sektor perbankan bagi memastikan pelaksanaan saranan itu.
"Antara punca kekeliruan ini disebabkan pelbagai sumber yang membawa maklumat kurang tepat," katanya.
Tengku Zafrul menjelaskan di bawah Akta Bank Negara 2009, isu mengenai moratorium berada di bawah bidang kuasa BNM dan bank pusat itu juga telah mengadakan sidang media untuk menjelaskan kekeliruan yang dihadapi peminjam.
"Sejak kebelakangan ini, media masa dan netizen banyak menimbulkan persoalan mengenai isu ini. Untuk makluman, memang terdapat bank yang menawarkan moratorium pinjaman tanpa mengenakan faedah terakru atau faedah dikompaun atas pinjaman.
"Namun ia tidaklah merangkumi semua produk pinjaman...setiap bank pula ambil pendekatan tersendiri dalam hal mengenakan faedah sewaktu tempoh moratorium," katanya.
Sehubungan itu, katanya Kementerian Kewangan telah memulakan langkah proaktif mencari penyelesaian kemelut ini melalui perbincangan bersama BNM dan bank-bank untuk membuat keputusan yang tepat mengikut keperluan rakyat.
Malah, tegas beliau, kerajaan sentiasa peka terhadap cetusan hati nurani rakyat, terutamanya golongan B40 dan M40 serta mengambil berat mengenai perkara itu.
"Dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar disebabkan oleh wabak COVID-19, saya amat berharap pandangan (mengenai saranan) ini dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh BNM dan juga institusi-institusi kewangan dalam negara.
"Saya yakin langkah ini akan dapat memberi impak positif kepada rakyat kita," tambahnya.
Terdahulu timbul kekeliruan umum mengenai kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan berkaitan skim moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman sewa beli yang ditawarkan oleh institusi kewangan.
Susulan itu, pihak BNM pada 1 Mei 2020 menerusi laman sesawangnya telah menyiarkan kenyataan ‘Soalan Lazim (FAQs) Mengenai Pengendalian Moratorium bagi Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap’ yang telah dikemaskini.
Sumber: Astro Awani, Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kahwin Dengan Aslam Ketika Masih Belajar, Misya; "Dapat Anak Pertama, Berpantang Masa Internship"

gempak
03/03/2024
14:55 MYT
Umisya Mazlan mendedahkan dirinya pernah belajar di sekolah tahfiz.
Laman Utama

Bulan Menabung SSPN Dah Tiba, Jom Ketahui Cara Menyimpan Duit Untuk Anak-Anak Dengan Lebih Mudah!

gempak
24/10/2023
06:15 MYT
Simpan duit untuk masa depan anak-anak.
Laman Utama

Tengku Zafrul Puji Filem Gemencheh Boys - “Pengajaran Bagi Saya Ialah Jangan Putus Asa”

gempak
04/10/2023
06:50 MYT
Tak sabar nak tengok!
Laman Utama

Apa Perlu Buat Kalau Duit Kertas Lunyai Kena Makan Anai-Anai?

gempak
26/07/2023
03:45 MYT
Setiap kategori kerosakan duit itu mempunyai nilainya yang tersendiri.
Laman Utama

Inspektor Sheila Cari Yang Cergas & Fit, Nama Tengku Zafrul Terkait – “Maaf Saya Dah Berpunya”

gempak
07/07/2023
12:36 MYT
Amboi petik nama Tengku Zafrul pulak